KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN BAHARU FLAG FOOTBALL PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

BUKIT SERINDIT, 17 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Malaysia American Football Association (MAFA) telah menganjurkan Program Pembangunan Sukan Baharu Klinik Flag Football Peringkat Negeri Melaka 2025 sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Padang Taman Rekreasi Bukit Serindit Melaka.
Klinik Sukan Baharu ini telah berjaya menarik penyertaan dari kalangan para belia terutama pelajar sekolah menengah, IPT dan pelbagai agensi sekitar Negeri Melaka dengan penyertaan seramai 40 orang peserta lelaki dan perempuan berusia 16 tahun ke atas secara keseluruhannya. Para peserta didedahkan berkaitan teori dan praktikal Sukan Flag Football oleh pihak Teknikal dari MAFA.
Majlis penutup klinik ini telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka bersama YBrs Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir bersama YBrs Encik Mohd Nizam bin Ismail Pengarah Cawangan Pembangunan dan Penggalakkan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search