LENDU, 3 Julai 2024 - Perlawanan persahabatan bolasepak antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) dan Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah berlangsung dengan meriahnya yang mana berpihak kepada pasukan tuan rumah iaitu JBS Melaka dengan keputusan 5-2. Perlawanan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah mewakili Tuan Pengarah JBS Melaka.
Turut hadir, YBrs. Encik Asmori bin Hj Shaari, Pengarah IKTBN Alor Gajah dan Encik Amir bin Mamat, Presiden Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA). Majlis turut diserikan lagi dengan penyerahan cenderahati sumbangan Mamee-Double Decker Distribution (M) Sdn Bhd kepada para pemain.
- JBS Melaka
- Hits: 132
