DAERAH JASIN MONOPOLI APBN NEGERI MELAKA 2025

BUKIT SERINDIT, 17 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2025 berlangsung dengan gemilangnya di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka dengan hadiah kemenangan dimonopoli pemenang dari daerah Jasin.
Anugerah ini diadakan adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia khususnya di Negeri Melaka.
Johan bagi Kategori Individu Lelaki dianugerahkan kepada saudara Mohamad Norshah Ezwan bin Yusof (Melaka Tengah) dan Johan Kategori Individu Wanita pula adalah saudari Asmah binti Sulaiman (Jasin). Naib Johan bagi Kategori Individu Lelaki dianugerahkan kepada saudara Shashindran Raj a/l Ganasan (Jasin) dan saudari Mayuri a/p S Santar Sakar (Jasin) bagi Kategori Individu Wanita. Tempat Ketiga bagi Kategori Individu Lelaki dianugerahkan kepada saudara Harris Daniel bin Hermee (Melaka Tengah) manakala bagi Kategori Individu Wanita pula adalah saudari Divinah A/P Murugan (Jasin).
Bagi Kategori Pertubuhan Belia pula, Johan telah dimenangi oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Kilang Berapi, Merlimau, Jasin. Naib johan pula telah dimenangi oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, Merlimau, Jasin.
Majlis Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Turut mengiringi, YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan; YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB Datuk VP Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan Dan NGO; YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Pengerusi Majlis Gabungan Belia Melaka; dan Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon dan pemenang APBN Negeri Melaka 2025 atas usaha dan komitmen tinggi diberikan sepanjang anugerah ini dilaksanakan. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat golongan belia di seluruh Negeri Melaka pada masa yang akan datang.

Disediakan : Afiq Mazly

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search