- JBS Melaka
- Hits: 158
TENPIN BOWLING MEMBUKA TIRAI LIGA SUKAN OKU NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 158
AYER KEROH, 23 Mei 2025 – Acara Tenpin Boling membuka tirai Liga Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka 2025 hari ini yang berlangsung di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Sebanyak 16 pasukan, terdiri daripada 8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita bersaing merebut kejuaraan.
.
Hadir bersama ke Majlis Penyampaian Hadiah Yang Berusaha Encik Mohd Eirwan bin Halim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas), Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, Yang Berusaha Dr Rani Diana binti Othman, Setiausaha Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka, dan Puan Puspaalatha a/p Paramasivam, Setiausaha Persatuan Olimpik Khas Negeri Melaka selaku rakan strategik program.
.
Tahniah kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama daerah masing-masing. Aksi belum berakhir, saksikan kehangatan persaingan esok dalam acara futsal dan bola tampar duduk.
Semangat luar biasa atlet OKU terus membakar semangat kita semua!