BENGKEL TOT PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) 2025

SEREMBAN, 22 - 24 Mei 2025 - Telah berlangsung Bengkel TOT bagi Program Pengurusan Organisasi (PPO) Tahun 2025 yang diselaraskan sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua Pegawai Kepimpinan dan Sahsiah dari seluruh JBS Negeri termasuk pegawai-pegawai dari IKTBN dan IKBN.
Bengkel selama 3 hari 2 malam itu telah dikendalikan sepenuhnya oleh barisan pembuat modul bagi program tersebut yang juga terdiri daripada pegawai-pegawai belia dan sukan yang bertujuan sebagai persediaan pelaksanaan dikalangan pegawai-pegawai kepimpinan dan sahsiah seluruh JBS Negeri disamping sebagai medium bagi memantapkan pengisian Program Pengurusan Organisasi berdasarkan cita rasa anak muda hari ini. JBS Negeri Melaka turut berbangga terhadap penglibatan salah seorang pegawai iaitu En. Sodikin Bin Ali sebagai salah seorang pembuat modul bagi pelaksanaan program ini.
Dengan pelbagai pengisian yang menarik bakal menanti peserta bagi program ini yang bakal berlangsung bermula bulan Jun 2025, pihak jabatan mahupun Kementerian Belia dan Sukan amat teruja dengan kembalinya program seperti ini yang memfokus dan menitikberatkan nilai efisien di dalam sesebuah pengurusan organisasi terutamanya dikalangan persatuan-persatun belia di seluruh negara.
Perasmian penutup bengkel ini juga telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Port Dickson mewakili YBrs Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search