MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025 MERIAH

BUKIT SERINDIT, 17 Mei 2025 - Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka telah berlangsung dengan penuh kemeriahan.
.
Antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang sambutan ialah Konsert HBN Melaka, Coffee Corner, Flag Football, Bintang Suara, Autoshow, Celik Kerjaya TVET, Food Fest, Football Friendly Match, Mobile Legend, Pertandingan Diabolo , Silambam, Meet and Greet Influencer, Fitnessthon, Fun Run HBN Melaka, pameran agensi kerajaan dan gerai jualan.
Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Majlis Penyampaian Anugerah Belia Perdana Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 turut berlangsung selepas Majlis Perasmian.
Hadir sama, YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan; YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB Datuk VP Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan Dan NGO; YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Pengerusi Majlis Gabungan Belia Melaka; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan.
Objektif Sambutan Hari Belia Negara ialah sebagai penghargaan dan pengikhtirafan kepada golongan belia di akar umbi. Selain itu, ia memberikan semangat dan meningkatkan kesedaran di kalangan belia bahawa belia masih diberi perhatian oleh kerajaan.
Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 berlangsung dari 17 dan 18 Mei 2025 melibatkan 13 Port Acara dan 35 Aktiviti.

Disediakan : Afiq Mazly

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search