Melaka, 3 Mei - Telah berlangsung Kejohanan Special Olympics Peringkat Negeri Melaka 2025 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Perempuan Melayu Melaka. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Ian Choo Pegawai Khas Kanan mewakili YB Khoo Poay Tiong Ahli Parlimen Kota Melaka. Seramai hampir 300 orang pelajar-pelajar dan golongan berkeperluan khas daripada seluruh negeri Melaka telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini merupakan platform untuk pemilihan atlet yang bakal mewakili negeri Melaka ke kejohanan kebangsaan yang bakal berlangsung pada bulan Jun 2025 di Ipoh Perak. Turut hadir Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
BAYAN LEPAS, 3 Mei 2025 (SABTU) - Kursus Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sokongan JBSN telah diadakan bertempat di RAIA Inn Penang bermula 2 hingga 4 Mei 2025 (Jumaat - Ahad). Kursus ini sedang berlangsung selama 3 hari. Seramai 47 orang pegawai dari JBSN dan JBSN Negeri telah menghadiri kursus ini. Kursus ini telah dihadiri oleh En. Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, En Mohd Ariff Bin Ariffin dan Puan Kamaliah Binti Mohammed Idris mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Objektif pelaksanaan Kursus pada kali adalah bagi memperkenalkan sistem aplikasi Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan kepada para pegawai yang akan dipertanggungjawabkan bagi menyelia Aset Tak Alih di peringkat JBSN dan JBS Negeri seperti Pegawai Daftar Fasiliti (PDF), Pegawai Inspektorat Fasiliti (PIF) dan Pegawai Operasi Fasiliti (POF). Taklimat Kursus telah disampaikan oleh Puan Nurhafida Mustafa dan Ir Kamarul Arifin Abdullah dari Unit Pe
PERINGGIT, 30 April 2025, - Satu mesyuarat Jawatankuasa Penuh MGBD Melaka Tengah Bil.1/2025 telah diadakan baru-baru bertempat di Restoran Arrahman di sini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Mohammad Shafiq Bin Ab Majid, Pengerusi MGBD Melaka Tengah dan dihadiri barisan kepimpinan serta Jawatankuasa MGBD bersama Puan Norazlin Bt Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan merancang pelaksanaan aktiviti serta program MGBDMT bagi tahun 2025, khususnya penganjuran Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 @ Melaka Tengah yang bakal diadakan pada 15 Mei 2025, bertempat di ILP Bukit Katil, Melaka. Kerjasama erat di antara MGBDMT dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah diharap dapat diteruskan dan bertambah baik dalam memberi sumbangan kepada belia khususnya di Daerah Melaka Tengah.
AYER KEROH, 30 APRIL 2025 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka pada 30 April 2025 yang di kelolakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Melaka bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir barisan pegawai pengurusan tertinggi Jabatan, PBSD, Pengurus Kompleks dan kakitangan JBSNM. Terdahulu, didalam ucapan amanat Tuan Pengarah, beliau turut menekan aspek integriti dalam jabatan dikalangan pegawai dan kakitangan supaya organisasi ini dapat terus mengekalkan kualiti kerja yang baik dan berintegriti. Majlis turut mengadakan sesi penyerahan Sijil Penghargaan kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2025 peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah dan syabas buat penerima APTB Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
AYER KEROH, 29 April 2025 – Program Inspire i-Talent (Sinergi i-Talent) Peringkat Negeri Melaka 2025 (Siri 2) berjaya dilaksanakan dengan jayanya, kali ini memberi tumpuan kepada Sukan Para Renang yang menyaksikan penglibatan 30 peserta berbakat dari komuniti OKU. Program ini bukan sahaja menjadi pentas mencungkil bakat baharu, malah berperanan sebagai landasan penting dalam membentuk barisan pelapis Para SUKMA bagi Negeri Melaka. Semangat, dedikasi dan keberanian peserta jelas terpancar sepanjang program berlangsung dan satu bukti bahawa potensi atlet para negeri ini kian menyerlah. Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Syed Mahadzir bin Syed Yassin, Pengurus Besar Ayer Keroh Country Club, Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Abdul Hamid bin Khairudin, Setiausaha, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) dan PESRON Negeri Melaka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, UiTM Cawangan Melaka, dan Ayer Keroh Country Club. Kerjasama erat serta komitmen tanpa jemu daripada semua pihak ini amat dihargai dalam memastikan kelangsungan pembangunan sukan para di negeri ini. Program seperti ini membuka peluang lebih luas kepada atlet OKU untuk terus mencipta kejayaan dan mengharumkan nama negeri. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi, Melaka komited untuk menjadi antara peneraju pembangunan sukan para di Malaysia. Sukan untuk Semua. Potensi Tanpa Sempadan.
MELAKA, 28 APRIL 2025 – Program Inspire i-Talent (Sinergi i-Talent) Peringkat Negeri Melaka 2025 (Siri 1) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 30 orang peserta dalam tiga (3) sukan para iaitu Para Badminton, Para Lawn Bowls dan Para Ping Pong. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu serta meningkatkan penyertaan atlet para di peringkat negeri, di samping memupuk semangat kesukanan dan inklusiviti dalam kalangan komuniti orang kurang upaya (OKU). Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka. Beliau turut diiringi oleh YBrs. Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. JBSNM dan PESRON Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, UiTM Cawangan Melaka, Persatuan Badminton Melaka dan Persatuan Lawn Bowls Melaka atas kerjasama erat serta komitmen padu yang diberikan. Sokongan berterusan daripada pelbagai pihak ini amat penting dalam memperkasa pembangunan sukan para di negeri ini dan memberi ruang kepada atlet OKU untuk terus menyerlah dan mencipta kejayaan dalam bidang sukan.
PUTRAJAYA, 25 April 2025 - Satu Sesi Taklimat Pegawai Pengelas dan Pegawai Keselamatan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah diadakan di Podium B Menara KBS Putrajaya. Sesi taklimat yang berlangsung pada 24 hingga 25 April 2025 ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dan Pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri. Hadir sama Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sesi taklimat ini merupakan inisiatif JBSN dalam memastikan keselamatan dan perlindungan jabatan terjamin di samping meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pegawai-pegawai JBSN terhadap kepentingan Dasar Keselamatan Perlindungan Jabatan.
MELAKA, 24 April 2025 - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka bersama rakan strategik Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MGBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 di Bilik Mesyuarat, JBS Negeri Melaka. . Mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Mei 2025 bertempat di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. . Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Datuk Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar, Presiden MGBM Negeri Melaka; Sha'ari Samsudin, Pengarah Bahagian Khidmat Musaadah dan Pembangunan Belia Negeri Melaka; Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Pegawai-Pegawai JBS Negeri Melaka, Exco Tertinggi MGBM dan wakil agensi kerajaan yang akan terlibat dalam pelaksanaan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025. . Sambutan Hari Belia Negara adalah bertujuan menghargai dan mengiktiraf daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan Negara. Disediakan : Afiq Mazly
MELAKA, 22 April 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Hari Belia Negara Negeri Melaka 2025 Bersama Badan Gabungan Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MGBM) telah dilaksanakan di Pejabat MGBM, Bukit Katil. . Mesyuarat telah dipengerusikan Yang Berhormat Datuk Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar, Presiden Majlis Gabungan Belia Negara merangkap Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka. . Turut hadir ialah En. Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, pegawai - pegawai JBS Melaka dan barisan jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka. . Hari Belia Negara akan disambut pada 15 Mei setiap tahun bagi menghargai peranan penting dan tenaga belia dalam impak pembangunan negara dan masyarakat. Disediakan : Afiq Mazly