KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025

Melaka, 3 Mei - Telah berlangsung Kejohanan Special Olympics Peringkat Negeri Melaka 2025 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Perempuan Melayu Melaka. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Ian Choo Pegawai Khas Kanan mewakili YB Khoo Poay Tiong Ahli Parlimen Kota Melaka.
Seramai hampir 300 orang pelajar-pelajar dan golongan berkeperluan khas daripada seluruh negeri Melaka telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini merupakan platform untuk pemilihan atlet yang bakal mewakili negeri Melaka ke kejohanan kebangsaan yang bakal berlangsung pada bulan Jun 2025 di Ipoh Perak.
Turut hadir Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search