- JBS Melaka
- Hits: 84
PERHIMPUNAN BULANAN JBS MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 84
AYER KEROH, 30 APRIL 2025 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka pada 30 April 2025 yang di kelolakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Melaka bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir barisan pegawai pengurusan tertinggi Jabatan, PBSD, Pengurus Kompleks dan kakitangan JBSNM.
Terdahulu, didalam ucapan amanat Tuan Pengarah, beliau turut menekan aspek integriti dalam jabatan dikalangan pegawai dan kakitangan supaya organisasi ini dapat terus mengekalkan kualiti kerja yang baik dan berintegriti.
Majlis turut mengadakan sesi penyerahan Sijil Penghargaan kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2025 peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah dan syabas buat penerima APTB Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka