- JBS Melaka
- Hits: 87
MGBD MELAKA TENGAH BERSAMA PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MENYUSUN PERANCANGAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 87
PERINGGIT, 30 April 2025, - Satu mesyuarat Jawatankuasa Penuh MGBD Melaka Tengah Bil.1/2025 telah diadakan baru-baru bertempat di Restoran Arrahman di sini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Mohammad Shafiq Bin Ab Majid, Pengerusi MGBD Melaka Tengah dan dihadiri barisan kepimpinan serta Jawatankuasa MGBD bersama Puan Norazlin Bt Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan merancang pelaksanaan aktiviti serta program MGBDMT bagi tahun 2025, khususnya penganjuran Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 @ Melaka Tengah yang bakal diadakan pada 15 Mei 2025, bertempat di ILP Bukit Katil, Melaka.
Kerjasama erat di antara MGBDMT dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah diharap dapat diteruskan dan bertambah baik dalam memberi sumbangan kepada belia khususnya di Daerah Melaka Tengah.