PROGRAM INSPIRE I-TALENT (SINERGI I-TALENT) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 (SIRI 2), MENYEMARAKKAN SEMANGAT SUKAN PARA!

AYER KEROH, 29 April 2025 – Program Inspire i-Talent (Sinergi i-Talent) Peringkat Negeri Melaka 2025 (Siri 2) berjaya dilaksanakan dengan jayanya, kali ini memberi tumpuan kepada Sukan Para Renang yang menyaksikan penglibatan 30 peserta berbakat dari komuniti OKU. Program ini bukan sahaja menjadi pentas mencungkil bakat baharu, malah berperanan sebagai landasan penting dalam membentuk barisan pelapis Para SUKMA bagi Negeri Melaka. Semangat, dedikasi dan keberanian peserta jelas terpancar sepanjang program berlangsung dan satu bukti bahawa potensi atlet para negeri ini kian menyerlah.
Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Syed Mahadzir bin Syed Yassin, Pengurus Besar Ayer Keroh Country Club, Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Abdul Hamid bin Khairudin, Setiausaha, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) dan PESRON Negeri Melaka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, UiTM Cawangan Melaka, dan Ayer Keroh Country Club. Kerjasama erat serta komitmen tanpa jemu daripada semua pihak ini amat dihargai dalam memastikan kelangsungan pembangunan sukan para di negeri ini.
Program seperti ini membuka peluang lebih luas kepada atlet OKU untuk terus mencipta kejayaan dan mengharumkan nama negeri. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi, Melaka komited untuk menjadi antara peneraju pembangunan sukan para di Malaysia.
Sukan untuk Semua. Potensi Tanpa Sempadan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search