AYER KEROH 23 JUN 2024 - Melaka Agrofest PUBG Tournament 2024 melabuhkan tirainya hari ini. Pertandingan e-Sports ini merupakan buat julung kalinya diadakan sempena Agrofest Melaka yang dianjurkan bersama-sama Persatuan e-Sports Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Jabatan Pertanian Negeri Melaka.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Last Survivor Pandemic Junior yang menjadi juara pada pertandingan kali ini. Naib juara telah dimenangi oleh pasukan STE Emzee, tempat ketiga pasukan Axis Eliminator dan keempat pasukan Last Survivor Project. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Low Chee Leong Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai dan semua pihak yang terlibat menjayakan Melaka Agrofest PUBG Tournament 2024 ini.!!
- JBS Melaka
- Hits: 167
