LEBIH 800 PENGGIAT PERMOTORAN SERTAI SUPER MEGA GATHERING CPURT DI STADIUM HANG JEBAT

MELAKA, 3 Mei 2025 – Stadium Hang Jebat hari ini menjadi tumpuan para peminat dunia permotoran apabila lebih 800 kenderaan terdiri daripada 500 buah kereta dan 300 buah motosikal berkumpul dalam program Super Mega Gathering CPURT Event yang dianjurkan oleh CPURT Event Management dengan kerjasama Persatuan MAYC Bukit Katil.
Penganjuran program ini merupakan usaha murni dalam mendidik dan mengumpulkan golongan muda dalam bidang permotoran secara sah, selamat dan terkawal. Diantara objektif penganjuran acara ini adalah bagi meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan kepatuhan undang-undang dalam permotoran serta mewujudkan jaringan komuniti yang sihat serta menyemai nilai perpaduan, disiplin dan tanggungjawab sosial.
Selain pameran dan perhimpunan kenderaan, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang hari seperti demonstrasi keselamatan, sesi perkongsian bersama ikon permotoran tempatan, gerai jualan aksesori serta pertandingan modifikasi kenderaan.
Program ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada pembangunan komuniti permotoran yang lebih positif dan inklusif, sekali gus membantu mengurangkan aktiviti lumba haram dalam kalangan belia.
Turut hadir Puan Nurhanani Bt Tarik dari PBSD Melaka Tengah dan Saudara Mohammad Fiza Bin Mohd Fuad, Pengerusi MAYC Negeri Melaka

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search