- JBS Melaka
- Hits: 160
AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA SEPAKAT JAYAKAN HBN MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 160
DUYONG, 6 Mei 2025 - Sesi Lawatan Tapak Bagi Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 telah dijalankan di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka. Taklimat oleh Encik Zailani Siran, Pengarah JBS Melaka. Sekretariat HBN Melaka dan agensi berkaitan hadir dalam taklimat kali ini.
.
Lawatan tapak bagi sesuatu acara adalah langkah penting dalam perancangan acara untuk memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaannya. Ini boleh dinilai dari segi kesesuaian lokasi aktiviti, rancang logistik dan susun atur, keperluan teknikal, keselamatan dan aksesibiliti, serta membina hubungan baik dengan pihak berkaitan.
.
Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang bakal berlangsung selama 2 hari mensasarkan kehadiran belia seramai 70,000 orang.
Disediakan : Afiq Mazly