- JBS Melaka
- Hits: 143
BERUANG 6 HOUR CHALLENGE 2025
- JBS Melaka
- Hits: 143
Ayer Keroh, 4 Mei - Penggemar sukan 'endurance' teruja memulakan larian apabila 'air horn' dibunyikan oleh Yang Berusaha Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka mewakili Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia Dan Sukan di Taman Rekreasi Bukit Beruang, Melaka.
Program anjuran Kelab Sukan Rekreasi Kembara ini telah disertai hampir 80 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dan gender yang berani menyahut cabaran untuk mendapatkan catatan masa terpantas berlari di sepanjang laluan yang disediakan dalam tempoh 6 jam.