
- JBS Melaka
- Hits: 83
PASUKAN MEDIA DIGITAL HBN MELAKA 2025 : MENGEMUDI ERA INFOMASI
- JBS Melaka
- Hits: 83
MELAKA, 7 Mei 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kecil Promosi, Publisiti dan Multimedia HBN Melaka 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Melaka. Mesyuarat dipengerusikan oleh Mohd Anazem Ibrahim, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Antara agensi yang hadir ialah Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Melaka, Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka.
.
Mesyuarat membincangkan berkaitan bahan promosi, hebahan dan publisiti Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 seperti hebahan di media sosial, e,-bunting, papan iklan led dan kain rentang.
.
Tugas Jawatankuasa Promosi, Hebahan dan Multimedia adalah penting bagi memastikan promosi acara berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Selain itu, ia juga berperanan menarik perhatian dan meningkatkan penyertaan dalam sesuatu acara.
Disediakan : Afiq Mazly