PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025

Ayer Keroh, 4 Mei - Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 membuka tirainya hari ini di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka apabila hampir 200 orang peserta dari seluruh Negeri Melaka mengambil bahagian untuk merebut hadiah kemenangan utama wang tunai berjumlah RM1500 bagi kategori lelaki dan wanita.
Sebanyak lapan aktiviti telah disusun sepanjang tempoh 4 bulan pertandingan ini berlangsung bagi memberi galakan kepada para peserta untuk mendapatkan berat badan yang ideal sebelum penilaian akhir dibuat pada 6 September 2025.
Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka, Akademi Pemakanan Sukan (SNAC), Yakult, Protech, Aspen Nutrition dan rakan strategik MyFitJoy Aerobics Club.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Bin Siran hadir menyampaikan ucapan aluan dan motivasi kepada para peserta.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search