- JBS Melaka
- Hits: 143
TETAP SETIA EKOR HARIMAU MALAYA BUMI HANG TUAH WALAUPUN DIKECEWAKAN BAHRAIN DI MINIT AKHIR
AYER KEROH, 20 Januari 2024 - Pahit untuk ditelan, itulah ibaratnya apabila Penyerang Bahrain, Ali Madan musnahkan impian Harimau Malaya dengan jaringan gol dalam minit akhir masa tambahan. Kita tetap bangga dengan semangat juang yang telah ditunjukkan pasukan Harimau Malaya walaupun terpaksa akur tewas dengan 0-1 kepada pasukan Bahrain dalam perlawanan kedua (peringkat kumpulan E) bagi menghidupkan peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 Qatar.
*
Para penyokong setia Harimau Malaya dari pelbagai peringkat umur telah hadir seawal jam 7.30 malam ke lokasi terpilih menantikan sepak mula tayangan Skrin Besar pada jam 10.30 malam yang telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bertempat di Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Taman Melaka.
*
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kesudian Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam untuk hadir bagi menyaksikan tayangan skrin besar pada kali ini bersama-sama dengan hampir 3500 orang penyokong setia pasukan Harimau Malaya yang hadir. Turut sama hadir, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Timbalan Pengarah JBSNM: Encik Mohd Jazwin Abd Rahman, Penolong Pengarah JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan Ahli Majlis MBMB; Encik Linesh Khandar.
*
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi para pengunjung seperti sesi meet & greet bersama lagenda bolasepak Melaka dan Kebangsaan (Encik Sapian Wahid - lagenda 90an dan Encik Noorasid Noordin- lagenda 80an), persembahan gendang ultras dari pelajar IKTBN Pagoh Johor, pertandingan sepakan penalti, mari mencuba e-sports PS5 FC24, pertunjukkan Pro Football Freestyler (Saudara Jason Lee), Pameran Muzium Bolasepak dan sesi cabutan bertuah.
*
Jangan lupa temujanji kita dilokasi yang sama bagi perlawanan terakhir Harimau Malaya bertemu Korea Selatan pada 25 Januari 2024 (Khamis) jam 7.30 malam. Ayuh!!! Kita akan bangkit dengan lebih kuat! Ekor Harimau Malaya tetap setia!
- JBS Melaka
- Hits: 143
