Program Isi Minyak Motor Percuma Sempena Hari Malaysia 2024

SUNGAI RAMBAI, 16 September 2024 - Bagi menyemarakkan Hari Malaysia, MAYC Seri Pengkalan Lambak telah menganjurkan Program Isi Minyak Motor Percuma Sempena Hari Malaysia 2024 di Petronas Pekan Sungai Rambai.
 
Objektif utama program berkenaan ialah mempromosikan MAYC Seri Pengkalan Lambak kepada masyarakat dan peringkat komuniti. Selain itu, ia juga menjadi medium memeriahkan Hari Malaysia dalam suasana harmoni dan saling tolong-menolong.
 
Program telah disempurnakan oleh Abd Rahman Yusof, Pengerusi JPKK Sungai Rambai Utara. Turut hadir ialah Rozikin Mohd Shah, Mantap Pengerusi MAYC Seri Pengkalan Lambak dan Mohammad Fiza Mohd Fuad, Pengerusi MAYC Seri Pengkalan Lambak.
 
Sebanyak 70 buah motosikal diberikan minyak percuma bernilai RM5 dalam program berkenaan. Sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban sempena Hari Malaysia.
 
Disediakan : Afiq Mazly

 

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search