Program Rakan Bumi Plogging @ Community Daerah Jasin Siri 2/ 2024

SELANDAR, 16 September 2024 - Program Rakan Bumi Plogging @ Community Daerah Jasin Siri 2/ 2024 telah berlangsung sempena HSN Selandar Fun Walk 2024 yang melibatkan penyertaan 80 orang peserta di Anjung Usahawan, Selandar.
.
Program ini menekankan aktiviti kecergasan sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat di kawasan tumpuan awam. Selain itu, ia menggalakkan amalan memelihara alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.
.
10 hadiah turut diberikan kepada peserta yang berjaya mengumpul sampah terbanyak. Hadiah telah disampaikan oleh Safian Dabal, Pengerusi JPKK Kampung Selandar. Turut hadir Muhammad Norman Omar, Pegawai Rakan Muda Daerah Jasin dan Mohd Khairil Ibrahim, Pengerusi Persatuan Usahawan Melayu Selandar.
.
Disediakan : Afiq Mazly

 

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search