Pertandingan Mewarna Keluarga Dan Pakaian Beragam Sempena Hari Malaysia 2024

SUNGAI RAMBAI, 8 September 2024 - Dalam menyemarakkan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan tiba, Persatuan Belia MaYC Seri Pengkalan Lambak Sungai Rambai telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Keluarga Dan Pakaian Beragam Sempena Hari Malaysia 2024 di Pusat Gerakan Belia, Persatuan Belia Seri Pengkalan Lambak.
.
Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Shahrom Mohd, Pengerusi MAYC Negeri Melaka di hadapan 30 orang peserta.
Turut hadir ialah Abd Rahman Yusof, Pengerusi JPKK Sg Rambai Utara; dan Mohammad Fiza Mohd Fuad, Pengerusi MAYC Seri Pengkalan Lambak.
.
Antara objektif program ini ialah memupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak seawal 5 dan 6 tahun. Selain itu juga, ia mengeratkan lagi hubungan persatuan belia bersama masyarakat dan pimpinan tempatan.
.
Senarai Nama Pemenang (Individu/ Kumpulan) : Individu Mewarna
1. Pemenang Johan - Muhamad Ayden Alfie Bin Muhd Aidil
2. Pemenang N.Johan - Nursofea Medina
3. Pemenang Ketiga - Muhamad Danish Harraz Bin Muhamad Zainuddin
Senarai Nama Pemenang (Individu/ Kumpulan) : Individu Pakaian Beragam
1. Pemenang Johan - Muhamad Irfan Bin Mohd Zakaria
2. Pemenang N.Johan - Nurayra Inara
3. Pemenang Ketiga - Izzatul Jannah
.
Disediakan : Afiq Mazly

 

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search