Melaka Endurocross CM Cup 2024

MASJID TANAH, 16 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung Melaka Endurocross CM Cup 2024 bertempat di Kawasan Perindustrian Tanjung Bidara. Program anjuran Kelab Motor Lasak Perdana dan Japerun Tanjung Bidara dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah telah berlangsung pada 14 dan 15 September dengan himpunan 150 peminat sukan motor lasak ini.
 
6 kategori telah dipertandingkan sepanjang 2 hari penganjuran program. Hujan lebat pada awal pagi sebelum kejohanan bermula tidak mematahkan semangat pelumba-pelumna motorcross untuk meneruskan saingan. Majlis Pelepasan bagi Kategori Men Open Endurocross CM Cup telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara.
 
Terima Kasih kepada semua yang terlibat dari awal proses menjayakan program ini. Terima Kasih juga kepada semua yang terlibat dibelakang tabir, sebelum dan selepas selesainya perlaksanaan kejohanan ini.

 

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search