15 September 2024 | Pantai Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka. Seramai lebih 800 penyertaan bagi Family Fun Run 3 KM.
Majlis pelepasan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir seawal 7.00 pagi lagi bagi melakukan sesi 'flag off' kepada para peserta Family Fun Walk 3KM.
15 September 2024 | Pantai Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka. Seramai lebih 1000 penyertaan bagi Fun Run 5KM.
Majlis pelepasan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir bagi melakukan sesi 'flag off' kepada para peserta Fun Run 5KM
15 September 2024 | Pantai Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka. Seramai lebih 200 penyertaan bagi Fun Ride 25 KM. Majlis pelepasan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir seawal 7.00 pagi lagi bagi melakukan sesi 'flag off' kepada para peserta Fun Ride.
SUNGAI PUTAT, 13 September 2024 - Team JBS Negeri Melaka bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya berkesempatan untuk turun padang bagi melawat dan menyantuni beberapa mangsa banjir di sekitar Kampung Sungai Putat Melaka. Lawatan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di bawah Program Rakan Prihatin yang digerakkan bersama-sama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya dan JPKK Kampung Sungai Putat.
Turut hadir sama En. Mohamad Mazlan bin Anis, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan, JBS Negeri Melaka dan Puan Norazlin bt Sarun, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
LESONG BATU, 4 September 2024- Telah berlangsung Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Alor Gajah 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Alor Gajah. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor gajah dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Alor Gajah. Seramai 40 ahli PAWE turut serta dalam sesi selama 1 jam dengan gerakan senamrobik.
Program ini telah dilaksana sebanyak 6 siri dengan pelaksanaan di PAWE Taboh Naning dan PAWE Alor Gajah. Istimewa untuk edisi akhir program ini, ibu ayah Ahli PAWE telah menyertai pertandingan sukan tradisional. Antara acara yang dipertandingkan ialah Dam Aji, Dam Ular Gergasi dan Congkak. Respon positif dizahirkan melalui penglibatan semua ahli dengan bersemangat dan berjiwa muda.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin , Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah. Hadir sama Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Terima Kasih untuk komitmen semua Ahli Pawe Alor Gajah
AYER LIMAU, 6 September 2024- Telah berlangsung Majlis Penyerahan Insentif kepada Atlet Para Sukma Melaka dari DUN Ayer Limau ke Temasya Para Sukma Sarawak XXI 2024 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 September 2024 di Stadium Petra Jaya, Sarawak.
Seramai 3 Atlet daripada Dun Ayer Limau telah berjaya melayakkan diri seterusnya mewakili Negeri Melaka untuk acara masing-masing. Sumbangan daripada YB Datuk Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer. EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan merangkap ADUN Ayer Limau telah disampaikan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Hadir sama Puan Norlida ,Setiausaha Japerun Ayer Limau. Selamat berjuang buat semua Atlet Para Sukma Negeri Melaka!
SUNGAI PUTAT 13 SEPT 2024 - Team JBSN Melaka berkesempatan turun padang bagi melawat dan menyantuni beberapa mangsa banjir di sekitar Kg Sungai Putat Melaka. Lawatan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di bawah Program Rakan Prihatin yang digerakkan bersama-sama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya dan JPKK Kampung Sungai Putat. Salam takziah diucapkan kepada semua mangsa. Bersamalah kita doakan agar semoga mereka semua selamat dan dipermudahkan segala urusan.
SELANDAR, 11 September 2024 - Program Senaman Warga Emas Daerah Jasin Siri 2 Tahun 2024 telah berlangsung di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pondok Kempas, Selandar. Seramai 25 orang warga emas hadir menjayakannya.
.
Senamrobik 45 minit dilaksanakan dengan rentak sederhana mengikut kesesuaian peserta. Coach Kay mengepalai senaman kali ini dengan sulaman muzik tradisional dan rancak.
.
Objektif utama program ini ialah menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Selain itu, ia juga membina jaringan hubungan antara golongan warga emas, agensi berkaitan dan penggiat kecergasan komuniti.
.
Turut hadir Mohd Afiq Mazly, Pegawai Sukan Daerah Jasin; dan Zanariah Haji Md Jinal, Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Parlimen Jasin.
AYER KEROH, 11 September 2024 - Satu sesi Taklimat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ; YBrs Encik Mohamad Mazlan bin Anis telah diadakan di Bilik Mesyuarat KOMBES Negeri Melaka. Taklimat ini merupakan sesi Pengenalan Organisasi KOMBES serta penyelarasan berkaitan status perancangan dan pelaksanaan fasiliti KOMBES dan KSK Krubong.
Turut hadir Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin ; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Taklimat ini telah diberikan oleh Pengurus KOMBES ; Puan Runiza binti Mahmud.