- JBS Melaka
- Hits: 121
Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Alor Gajah 2024
- JBS Melaka
- Hits: 121
LESONG BATU, 4 September 2024- Telah berlangsung Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Alor Gajah 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Alor Gajah. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor gajah dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Alor Gajah. Seramai 40 ahli PAWE turut serta dalam sesi selama 1 jam dengan gerakan senamrobik.
Program ini telah dilaksana sebanyak 6 siri dengan pelaksanaan di PAWE Taboh Naning dan PAWE Alor Gajah. Istimewa untuk edisi akhir program ini, ibu ayah Ahli PAWE telah menyertai pertandingan sukan tradisional. Antara acara yang dipertandingkan ialah Dam Aji, Dam Ular Gergasi dan Congkak. Respon positif dizahirkan melalui penglibatan semua ahli dengan bersemangat dan berjiwa muda.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Zulkarnain bin Zainal Abidin , Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah. Hadir sama Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Terima Kasih untuk komitmen semua Ahli Pawe Alor Gajah 
