- JBS Melaka
- Hits: 82
Program Senaman Warga Emas Daerah Jasin Siri 2
- JBS Melaka
- Hits: 82
SELANDAR, 11 September 2024 - Program Senaman Warga Emas Daerah Jasin Siri 2 Tahun 2024 telah berlangsung di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pondok Kempas, Selandar. Seramai 25 orang warga emas hadir menjayakannya.
.
Senamrobik 45 minit dilaksanakan dengan rentak sederhana mengikut kesesuaian peserta. Coach Kay mengepalai senaman kali ini dengan sulaman muzik tradisional dan rancak.
.
Objektif utama program ini ialah menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Selain itu, ia juga membina jaringan hubungan antara golongan warga emas, agensi berkaitan dan penggiat kecergasan komuniti.
.
Turut hadir Mohd Afiq Mazly, Pegawai Sukan Daerah Jasin; dan Zanariah Haji Md Jinal, Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Parlimen Jasin.
.
Disediakan : Afiq Mazly