BEMBAN, 28 Ogos 2024 - Bersempena Bulan Kebangsaan Negara Malaysia, SMK Seri Bemban mengambil inisiatif menganjurkan Program Fun Run dan Aerobik bagi menggalakan aktiviti kecergasan dalam kalangan warga sekolah dan pada masa sama mempromosikan larian sihat kepada masyarakat.
.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin terlibat dalam Aerobik dengan pelaksanaan Program Komunniti Fit Jasin Siri 6 Tahun 2024. Coach Jue dan Coach Kay mengepalai acara Aerobik Merdeka di hadapan 500 orang pelajar dan guru selama 30 minit.
.
Majlis Pelepasan Fun Run MPSM Melaka telah disempurnakan oleh Haji Kamaruzzaman Ab Rahim, Pengetua SMK Seri Bemban. Turut hadir ialah Muhammad Faizzudin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin; dan Mazlin Abdullah, YDP PIBG SMK Seri Bemban.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 179
