- JBS Melaka
- Hits: 212
LAWATAN TIMBALAN KETUA KONTINJEN KE PROGRAM LATIHAN PASUKAN PARA RENANG NEGERI MELAKA
KRUBONG 24 OGOS 2024 - Lawatan Timbalan Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka diteruskan ke pusat latihan Pasukan Para Renang Negeri Melaka bertempat di Pusat Akuatik Hang Jebat Melaka. Kali ini YBrs Tuan Haji Sha’ari bin Samsudin hadir bagi memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada atlet untuk menghadapi Para SUKMA Sarawak 2024 nanti.
Pasukan Para Renang merupakan di antara sukan yang diharapkan mampu menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka. Dengan program latihan yang berterusan diharapkan ianya dapat direalisasikan. Terima kasih diucapkan kepada wakil daripada PESRON Melaka selaku rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang bersama-sama menyertai sesi lawatan ini.
- JBS Melaka
- Hits: 212
