PUTRAJAYA, 8 Januari 2024 - Telah berlangsungnya Bengkel Sukan Teras OKU peringkat Kebangsaan anjuran Cawangan Pembangunan Sukan OKU, JBSN dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Persatuan Sukan Para Boling Padang Negeri Sembilan bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya.
*
Bengkel yang bertujuan memberikan pendedahan kepada sukan teras OKU ini telah dihadiri oleh Timbalan dan Penolong Pengarah Sukan serta para Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBS Negeri dari seluruh negara.
BUKIT JALIL, 8 Januari 2024 - Telah berlangsungnya satu sesi Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang diadakan bertempat di Dewan Banquet Casa 4, MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah MSN; YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub.
Mesyuarat yang telah dihadiri oleh wakil-wakil kontinjen negeri seluruh negara ini turut membincangkan penyelarasan kontinjen negeri yang akan bertandang ke Negeri Sarawak setelah negeri tersebut dipilih sebagai tuan rumah penganjuran edisi pada kali ini.
Untuk makluman, Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 akan dilangsungkan pada 22 hingga 28 September 2024 bertempat di Kuching, Sarawak.
SUNGAI RAMBAI, 8 Januari 2024 - Lawatan Kerja Rasmi YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke DUN Sungai Rambai. Turut hadir ialah YB Siti Faizah Datuk Abdul Azis, Adun Kawasan Sungai Rambai; Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Datuk Rahizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin; dan Rosemanizam Mohammed Nalif, YDP Majlis Perbandaran Jasin.
Lawatan ini bagi melihat kemudahan sukan dan isu semasa belia serta sukan di kawasan Sungai Rambai. Selain itu, perbincangan pembangunan antara agensi turut dibuat bagi melihat hala tuju Sungai Rambai.
Antara kawasan yang dilawati beliau ialah Laman Belia Sungai Rambai, Stadium Mini Batu Gajah dan Aerodrome Sungai Rambai.
Sungai Rambai menjadi pintu masuk ke Melaka yang bersempadan dengan Muar, Johor. Ia dipisahkan daripada Muar oleh Sungai Kesang. Kini, pekan ini boleh dihubungi dengan lebih mudah melalui lebuh AMJ yang menghubungkan Alor Gajah dan Muar.
AYER KEROH, 3 Januari 2023 - Surau Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka menerima lawatan dari Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi mengukur dan memperakui semula keabsahan arah kiblat surau tersebut setelah kali terakhir disemak pada tahun 2010 yang lalu.
-
Seramai 2 orang pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Melaka telah hadir atas jemputan pihak jabatan bagi menentukan semula arah kiblat di surau tersebut. Turut hadir, Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman dan Penolong Pengarah JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Telah berlangsung Majlis Penutupan bagi Program Melaka Heritage @Motosports Day 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Perkarangan Parkir Mydin Mall, MITC, Ayer Keroh, Melaka.
-
Majlis penutupan dan penyampaian sijil penghargaan program telah disempurnakan oleh Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli. Turut hadir Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman, Penolong Pengarah JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka; Encik Shahrom Mohd, Wakil Kelab Sukan Bermotor Integrasi dan Akademi Minibike Malaysia; Encik Norshamsul Mat Nor dan Branch In-Charge Mydin MITC; Encik Azman Abdul Hamid.
-
Untuk makluman, sepanjang hari program, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi pengunjung yang berkesempatan hadir seperti Taxi Drift Ride, Minibike Come & Try, Pushbike Challenge dan Pertandingan Mewarna.
-
Rakan Srategik penganjuran kali ini adalah Kelab Sukan Bermotor Integrasi, Akademi Minibike Malaysia, Mydin Mohamed Holding Berhad, Exquisite Motorsports Club, Push Bike Pro Malaysia dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menyokong penganjuran kali ini. Mana lagi...Melaka lerr.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Telah diadakan Minibike Come & Try bersempena program Melaka Heritage @Motorsports Day 2023 bertempat di Perkarangan Parkir Mydin MITC, Ayer Keroh Melaka.
-
Anak-anak cilik diberikan pendedahan berkaitan asas sukan permotoran minibike serta berpeluang merasai menungang minibike sepanjang program berlangsung. Aktiviti ini telah diselaraskan bersama Kelab Sukan Bermotor Integrasi dan Akademi Minibike Malaysia.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong penganjuran kali ini. Mana lagi..Melaka Lerr.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Telah diadakan Pushbike Challenge bersempena program Melaka Heritage @Motorsports Day 2023 bertempat di Perkarangan Parkir Mydin MITC, Ayer Keroh Melaka.
-
Meriah dan penuh aksi!! Seramai hampir 100 orang kanak-kanak cilik berusia 2 hingga 8 tahun telah mengambil bahagian didalam 6 kategori yang telah dipertandingkan. Aktiviti ini telah diselaraskan bersama Push Bike Pro Malaysia.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong penganjuran kali ini. Mana lagi..Melaka Lerr.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Telah diadakan pertandingan mewarna bagi memeriahkan lagi program Melaka Heritage @Motorsports Day 2023 bertempat di Pentas Utama program di Perkarangan Parkir Mydin MITC, Ayer Keroh Melaka.
-
Seramai 30 orang kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun telah mengambil bahagian didalam pertandingan ini. Aktiviti telah diselaraskan bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong penganjuran kali ini. Mana lagi..Melaka Lerr.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Havoc dan mendebarkan!!! Deruman enjin pacuan 4 roda bagi aktiviti Taxi Drift Ride telah menggamit pengunjung hadir ke Melaka Heritage @Motorsports Day 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Perkarangan Parkir Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka.
-
Para pengunjung berpeluang menyaksikan Drifter sohor permotoran 4 roda seperti Muhammad Zaiham Hamdan (Bullzai), Alief Irfan (AI Garage), Beysshwen Dasnamurthy, Foo Wei Shern dan Foo Wei Khang membuat persembahan Drift serta berpeluang merasai sendiri kehebatan menaiki kenderaan drift yang dipandu oleh mereka. Aktiviti ini diselaraskan bersama Kelab Exquisite Motorsports.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan strategik yang bekerjasama menjayakan program ini dan kepada semua pengunjung yang hadir kerana memberikan sokongan kepada penganjuran kali ini. Mana lagi..Melaka Lerr.