KRUBONG, 21 Julai 2024 - Telah berlangsung pertandingan Sepak Takraw bagi Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2024 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti, Krubong.
Semua pasukan telah bertanding dengan baik dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan berikut :
Johan : MASKOM
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil dan medal.
Naib Johan : SUKMA MELAKA
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 beserta sijil dan medal.
Ke 3 : KKJS
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 beserta sijil dan medal
Ke 4 : ZM KRIS MAS
Membawa pulang sijil
*JOHAN & NAIB JOHAN akan mewakili Daerah Melaka Tengah ke Pertandingan LSK Peringkat Negeri Melaka 2024 yang akan diadakan tidak lama lagi*
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Norazlin Binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan diiringi oleh Datuk Akramuddin Bin Abdul Aziz, Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang.
- JBS Melaka
- Hits: 170
