- JBS Melaka
- Hits: 164
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) ACARA SEPAK TAKRAW BERPASUKAN PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH BERSAING DENGAN SEMANGAT KESUKANAN
MASJID TANAH 23 JULAI 2024 - Telah berlangsung Liga Sukan Komuniti (LSK) Acara Sepak Takraw Peringkat Daerah Alor Gajah pada 21 Julai 2024 (Ahad) bertempat di Kompleks Sukan Masjid Tanah. 16 pasukan telah berentap bagi merebut gelaran juara kejohanan. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama rakan strategik Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka berlangsung meriah dengan kehadiran penyokong dan ahli keluarga.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah mengucapkan terima kasih atas penyertaan pasukan. Tahniah kepada yang telah Berjaya. Berikut adalah keputusan keseluruhan.
JOHAN : SUKMA
NAIB JOHAN : ZM KRIS MAS A
KETIGA : MASKOM
- JBS Melaka
- Hits: 164
