JASIN, 31 Julai 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin mengalu-alukan kedatangan Roslinda Yaacob yang menggantikan Mohd Aidil Mohamad Darus yang telah bertukar ke Mahkamah Majistret Jasin bermula 29 Julai 2024.
.
Untuk makluman, Mohd Aidil Mohd Darus telah bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin selama 8 tahun. Manakala Roslinda Yaacob telah bertugas selama 6 tahun di Mahkamah Majistret Jasin. Pertukaran ini adalah norma biasa dalam Jabatan Perkhidmatan Awam dalam meningkatkan kemahiran dan pengalaman kakitangan secara amnya.
.
Semoga kedatangan Roslinda Yaacob ke PBSD Jasin dapat mengekalkan kecemerlangan prestasi serta dapat memberikan kerja berpasukan dalam memacu kejayaan organisasi.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 154
