AYER KEROH 20 JUN 2024 - Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Melaka Tengah, satu Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Melaka Bil.2/2024 telah diadakan dengan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Salhah bt Salleh
Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Hadir ke mesyuarat ini Encik Jafni bin Haron Jurutera Awam Kanan Bahagian Pembangunan KBS dan Encik Mohd Khairol bin Kamis Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
SARAWAK 14 JUN 2024 - Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak selaku Jabatan Angkat bagi Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka yang menerima kunjungan sempena Lawatan Venue Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
Kehadiran delegasi Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka yang diketuai oleh YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah disambut mesra oleh YBrs Tuan Ir Law Wee Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak.
Sesi kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan jalinan kerjasama dan keperluan yang diperlukan oleh Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka semasa Para SUKMA Sarawak nanti. Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak di atas segala kemudahan dan bantuan yang diberikan. Semoga penyertaan Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka nanti berjalan lancar.
SARAWAK 14 JUN 2024 - Sempena Lawatan Venue Para SUKMA XXI Sarawak 2024, YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama delegasi Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka berkesempatan mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Delegasi Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka juga diberikan taklimat berkaitan penganjuran Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 di samping berkongsi pandangan dan maklumat untuk memastikan pengurusan kontinjen berjalan lancar. Turut hadir Encik Mohd Nizam bin Ismail Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur bersama Kontinjen Para SUKMA WP Kuala Lumpur.
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang sentiasa bersedia memberikan bantuan.
SARAWAK 13 JUN 2024 - Sempena Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang bakal berlangsung pada bulan September 2024, Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka telah mengadakan satu Lawatan Venue Para SUKMA Sarawak 2024. Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka selaku Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka.
Turut bersama-sama dalam lawatan ini wakil daripada Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Melaka dan Kelab Sukan Rekreasi Kembara yang merupakan rakan strategik dan jawatakuasa Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka. Selain itu, lawatan juga disertai oleh wakil Kontinjen Para SUKMA WP Kuala Lumpur yang diketuai oleh Encik Mohd Nizam bin Ismail Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak selaku Jabatan Angkat Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka yang banyak membantu menguruskan sesi lawatan ini.
Selain meninjau lokasi venue pertandingan, lawatan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kemudahan dan keperluan yang perlu disediakan bagi melancarkan pengurusan Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka semasa Para SUKMA nanti.
LENDU, 9 Jun 2024 - Telah berlangsung Gegau Fest : Fun Run Lendu Community Tour Run anjuran Jawatankuasa Non Residence (JPNR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah pada 9 Jun 2024 bermula jam 7.00 pagi dengan jarak larian sepanjang 5 KM melibatkan kawasan sekitar UiTM dan Taman Dimensi Lendu.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Sodikin bin Ali , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir sama Ahli Parlimen Belia Negeri Melaka, Saudara Muhammad Haziq bin Samsudin.
MELAKA 12 JUN 2024 - Tahniah Harimau Malaya yang berjaya menewaskan pasukan Chinese Taipei dengan jaringan 3 - 1 di Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Seramai hampir 500 ekor Harimau Malaya turut hadir di Perkarangan UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Jalan Hang Tuah Melaka bagi menyaksikan Tayangan Skrin Besar perlawanan ini.
Pelbagai aktiviti sampingan diadakan sempena program ini antaranya Booth Barangan PETRON dan minuman percuma, Cabutan Bertuah, Pertandingan Penalty Shoot Out, Cabaran e-Sports PS5 FC24 dan Kaunter Aspirasi Anak Muda Melaka.
Turut hadir memberikan sokongan Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama-sama Encik Muhammad Syaifullah bin Norhizan Pegawai Sukan UiTM Melaka dan Encik Abdul Razak bin Kamaruzzaman President Committee PETRON Melaka. Terima kasih jua diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini khususnya UiTM dan Petron.
BUKIT JALIL 11 JUN 2024 - YBrs. Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Para SUKMA Bilangan 6/2024 bertempat di Dewan Banquet MSN. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS bertujuan untuk membincangkan pemakluman Laporan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Laporan Pengelolaan Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
Selaku Ketua Kontinjen pelbagai perkara telah disampaikan dalam mesyuarat ini demi memastikan urusan penyertaan Kontinjen Negeri Melaka berjalan lancar. Ayuh JBSN kita bersama.!!
7 Jun, Melaka - Mesyuarat bagi meningkatkan penyertaan anak muda negeri Melaka dalam menyatakan Aspirasi Anak Muda Negeri Melaka. Inisiatif ini diwujudkan oleh kerajaan negeri Melaka bagi mendengar, memahami dan merealisasikan segala hasrat dan harapan anak muda negeri Melaka.
Ayuh anak muda Melaka nyatakan segala idea dan pandangan anda kepada kerajaan negeri Melaka!
Mudah saja imbas QR kod dan kongsikan idea dan harapan anda!
Tanjung Tuan, 9Jun 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Jabatan Perhilitan Negeri Melaka telah mengadakan Program Rakan Bumi : Lestari Hijau Siri 1 Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 bertempat dia Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Melaka.
Objektif Program ini adalah membantu meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Para peserta diberi pendedahan akan kepentingan pokok bakau kepada ekosistem pantai. Mereka juga turut mendapat ilmu berkaitan cara pengawetan binatang bagi tujuan pendidikan melalui lawatan yang telah diselaraskan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Melaka.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh Encik Khirun Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Encik Petra Bin Sulai, Pengarah Perhilitan Negeri Melaka.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Rakan Strategik yang telah membantu menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.