- JBS Melaka
- Hits: 178
LAWATAN KETUA KONTINJEN PARA SUKMA NEGERI MELAKA KE PROGRAM LATIHAN PASUKAN PARA MEMANAH
AYER EROH 3 OGOS 2024 - Pasukan Para Memanah Negeri Melaka merupakan pasukan yang baru dibentuk bagi menyertai Para SUKMA Sarawak 2024. Setelah lebih tiga edisi Para SUKMA tiada wakil pasukan para memanah Melaka, edisi kali ini kontinjen negeri Melaka sedia menyertai kesemua sukan yang dipertandingkan.
Sebagai sokongan kepada pasukan para memanah negeri Melaka, YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli selaku Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka telah turun padang bagi bersama-sama meninjau program latihan dan persediaan pasukan. Lawatan ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan sokongan kepada pasukan selain meningkatkan lagi motivasi atlet menjelang Para SUKMA Sarawak 2024 nanti.
- JBS Melaka
- Hits: 178
