- JBS Melaka
- Hits: 198
MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) : PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2024
30 Julai 2024, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC, Melaka - Kolaborasi di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah (PBSDMT) bersama Kelab Rakan Muda (KRM) Tangga Batu dan Pusat Akvititi Warga Emas (PAWE) UTC Melaka telah berjaya melibatkan seramai 80 orang SATRIA Daerah Melaka Tengah dalam pelaksanaan program menyantuni warga emas bertempat di PAWE UTC Melaka.
Aktiviti dimulakan dengan acara senaman Chairrobic, senamrobik, pertandingan Karom, pertandingan Dam Aji seterusnya demonstrasi dan membuat gubahan bunga ros dengan menggunakan daun pandan peserta SATRIA bersama ahli-ahli PAWE.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Farid bin Md Rais, Pengurus UTC Melaka. Turut hadir Encik Mohd Jazwin bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Puan Norazlin binti Sarun PBSDMT dan Lt. Kol. (B) Haji Zulkefly bin Abd Rahman, Pengerusi PAWE UTC Melaka.
Setinggi penghargaan kepada seluruh warga PAWE, KRM Tangga Batu, MAYC Bukit Katil, Kolej Micost Melaka, Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dan individu perseorangan atas penglibatan dalam menjayakan program ini.
Belia dan Warga Emas berbeza generasi, berpisah tiada.
- JBS Melaka
- Hits: 198
