AYER KEROH, 06 Ogos 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah telah mengadakan Persidangan Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Melaka Tengah Bagi Tahun 2024 di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah merupakan sesi persidangan dan libat urus berhubung isu-isu pembangunan dan keperluan belia di kalangan pemimpin pertubuhan belia peringkat daerah bersama wakil kepimpinan kerajaan peringkat daerah, wakil-wakil jabatan dan agensi. Pelaksanaannya adalah bagi menyokong kepada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri dan Kebangsaan dan telah diperuntukan pelaksanaannya di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) atas kesedaran bahawa kemajuan negara di masa hadapan bergantung kepada hasrat dan aspirasi generasi belia.
Sebanyak 6 usul dan 1 usul tambahan dibentangkan oleh wakil-wakil persatuan belia di dalam persidangan pada kali ini. Sebanyak 25 agensi kerajaan telah turut hadir dan seramai 25 ahli jawatankuasa MGBD Melaka Tengah hadir menjayakan majlis ini. yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Saiful Hazwa Bin Kipli, Pegawai Daerah Melaka Tengah.
- JBS Melaka
- Hits: 276
