13 Julai 2024 - Program Rakan Aktif Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu terus memeriahkan hujung minggu dengan pelbagai pengisian aktiviti. Program siri ke-5 ini telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Special Olympic Negeri Melaka.
Seramai hampir 50 orang peserta telah hadir menyertai aktiviti senamrobik bersama-sama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan pihak yang terlibat menjayakan program ini.
BANDA HILIR 13 JULAI 2024 - Pelbagai perkembangan dan informasi terkini pembangunan belia dan sukan di seluruh negara dikongsikan di Program Jom Borak Bersama Hanayo. Program ini merupakan inisiatif Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh untuk turun padang dan berinteraksi bersama golongan belia khususnya anak muda negeri Melaka.
Program yang diadakan di Restoran Rumah Belanda ini memberi peluang kepada anak muda yang hadir untuk bertanyakan soalan dan bertukar-tukar pandangan serta idea bersama YB Hannah Yeoh.
Hadir bersama Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, TKP (Pembangunan Sukan) JBSN, Encik Abd Aziz Abd Rahman dan Pengarah JBSN Melaka Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli.
KOTA LAKSMANA 13 JULAI 2024 - Tahniah diucapkan kepada Pejabat Parlimen Kota Melaka yang telah menyambut usaha yang digerakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan menganjurkan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Khas Parlimen Kota Melaka. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Majlis yang diadakan di RNJ Swimming Academy ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong dan Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu. Turut hadir YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Program ini dilaksanakan melalui inisiatif peruntukan Parlimen Kota Melaka dengan sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM). Seramai 42 orang peserta yang telah terpilih bagi mengikuti program latihan ini.
BANGI 12 JULAI 2024 - Tahniah diucapkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023. Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Apresiasi 2024 KBS yang disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan ini telah berlangsung di Bangi Avenue Convention Center (BACC).
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan di atas sumbangan dan kecemerlangan prestasi pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan. Semoga ianya menjadi motivasi dan inspirasi buat semua warga kerja KBS.!!
LENDU, 11 Julai 2024- Telah berlangsung Pre- Council Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Alor Gajah di Kompleks Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. MPBN akan dilaksana pada 18 Julai 2024( Khamis) jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Dato' Dol Said , Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
Sesi perbincangan dihadiri oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan Encik Remiezan Affendi bin Ibrahim , Pegawai Bahagian Pembangunan Belia PBSD Alor Gajah. Turut hadir, Encik Ahmad Faiz bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah, Encik Muhammad Firdaus Johari, Naib Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah serta Exco Tertinggi MGBDAG.
SUNGAI RAMBAI, 11 Julai 2024 - Sesi Lawatan Tapak bagi Sukan Luar Bandar sempena Karnival D'Bendang Peringkat Negeri Melaka 2024 telah diadakan di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai.
.
Sesi Lawatan Tapak ini melibatkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin yang diwakili Mohd Afiq Mazly bersama pemimpin-pemimpin belia Dun Sungai Rambai yang dipimpin oleh Mohd Shafiee dan AJK Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Sri Nawar.
.
Festival D'Bendang Negeri Melaka 2024 akan dilaksanakan dari 9 hingga 11 Ogos ini melibatkan beberapa acara seperti ??? ????, ??? ????, ??? ??? 5km, Sukan Rakyat, Panjat Tiang Licin, Pukul Bantal, Futsal, Bola Jaring dan macam-macam lagi.
.
Majlis Perasmian akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
ASAHAN, 10 Julai 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Mount Ophir Ultra Trail Melaka 2024 (MOUT2024) telah berlangsung di Dewan Serbaguna MSN Saujana Asahan melibatkan beberapa agensi di dalam daerah Jasin sebagai persediaan akhir sebelum acara tersebut berlangsung 20 dan 21 Julai 2024 ini yang melibatkan peserta 800 orang dari dalam dan luar negara.
.
KAILAS Gunung Ophir Ultra Trail (MOUT) 2024 ini adalah anjuran Mount Goat Event. Acara larian denai yang mendebarkan ini akan berlangsung selama 2 hari ini dengan garisan permulaan terletak di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka.
.
Perlumbaan kali ini menawarkan 5 jarak berbeza untuk dipilih iaitu 5km, 12km, 25km, 50km dan 84km. Setiap laluan akan mencabar pelumba dengan rupa bumi yang menakjubkan dan ketinggian Gunung Ophir, yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini kaya dengan sejarah dan mitologi, dan juga dikenali sebagai Gunung Ledang. Malah, ia dipercayai menjadi rumah puteri roh perkasa yang dikatakan telah membuat pelbagai tuntutan pendaki selama ini.
.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Mohamad Nizam Abu Talib, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan merangkap Pegawai Projek MOUT 2024 ini. Lawatan tapak ke kawasan perlumbaan turut dibuat selepas mesyuarat selesai.
.
Majlis Perasmian Pelepasan Perlumbaan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh.
KRUBONG, 7 Julai 2024 - Sebanyak 12 pasukan Bola Tampar Wanita telah bertanding di LSK Daerah Melaka Tengah 2024 - Kejohanan Bola Tampar Wanita yang telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Krubong, Melaka.
Semua pasukan telah memberi persaingan sengit dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan berikut :
Johan : Pasukan LHVT
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil dan medal.
Naib Johan : Pasukan VAM
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 beserta sijil dan medal.
Ke 3 : Pasukan AKVA A
Membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 beserta sijil dan medal
Ke 4 : Pasukan Utem A
Membawa pulang sijil
*JOHAN & NAIB JOHAN akan mewakili Daerah Melaka Tengah ke Pertandingan LSK Peringkat Negeri Melaka 2024 yang akan diadakan tidak lama lagi*
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan diiringi oleh Puan Norazlin binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Encik Wan Mohsin bin Wan Mohd, Setiausaha Lembaga Pengadil MVA.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang.
MELAKA, 8 Julai 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan Tahniah di atas Penganugerahan Tokoh Belia Islam yang diterima oleh Dr. Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi. Beliau merupakan salah seorang barisan kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah dan merupakan Yang Dipertua ABIM Negeri Melaka.
Dr. Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi merupakan salah seorang belia yang aktif dalam kerja – kerja pembangunan belia bukan sahaja di peringkat Daerah Melaka Tengah malah belia juga bergiat aktif di dalam kerja – kerja sukarelawan dan kerja – kerja dakwa di peringkat negeri mahupun kebangsaan khususnya dalam meratakan akses kesihatan sejagat rentas ras/agama serta menjadi role model kepada generasi muda masa kini.
Diharapkan dengan penganugerahan yang diterima menjadi semangat dan galakan kepada belia – belia di Negeri Melaka untuk terus menabuk bakti, jasa dan tenaga muda mereka di dalam kerja kerja Pembangunan Belia