CHERAS, 6 Julai 2024 - Seramai 9 orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menyertai Bengkel Profesionalisme Kerja Belia Siri 6 Zon Selatan bagi Tahun 2024 yang telah di adakan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) bermula pada 4 hingga 6 Julai 2024.
Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi taklimat dan penerangan sebagai persediaan awal kepada pegawai untuk menyediakan Portfolio bagi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM 3) dalam Pelaksanaan Kerja Belia.
Kerja Belia merupakan satu profesion yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi belia di pelbagai peringkat sebagai rakan strategik pembangunan negara dengan mengambil kira penilaian aset dalaman dan luaran yang dimiliki individu belia. Dengan adanya pengiktirafan ini pegawai yang menyertai bengkel ini akan melalui proses penyediaan portfolio dan penilaian ketrampilan kerja belia terdahulu bagi membolehkan pegawai diiktirafkan kemahiran yang dimiliki dengan menganugerahkan Persijilan Kemahiran Malaysia berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimilikinya.
- JBS Melaka
- Hits: 193
