MELAKA 22 JUN 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Inspire i-Train Peringkat Negeri Melaka 2024 bertempat di Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota Melaka. Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Inspire i-Talent yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu sebagai pelapis Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka. Selain itu, ianya adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkasakan pembangunan sukan tanah air khususnya bagi golongan OKU.
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka dan P
- JBS Melaka
- Hits: 242
