7 Jun, Melaka - Mesyuarat bagi meningkatkan penyertaan anak muda negeri Melaka dalam menyatakan Aspirasi Anak Muda Negeri Melaka. Inisiatif ini diwujudkan oleh kerajaan negeri Melaka bagi mendengar, memahami dan merealisasikan segala hasrat dan harapan anak muda negeri Melaka.
Ayuh anak muda Melaka nyatakan segala idea dan pandangan anda kepada kerajaan negeri Melaka!
Mudah saja imbas QR kod dan kongsikan idea dan harapan anda!
Tanjung Tuan, 9Jun 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Jabatan Perhilitan Negeri Melaka telah mengadakan Program Rakan Bumi : Lestari Hijau Siri 1 Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 bertempat dia Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, Melaka.
Objektif Program ini adalah membantu meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Para peserta diberi pendedahan akan kepentingan pokok bakau kepada ekosistem pantai. Mereka juga turut mendapat ilmu berkaitan cara pengawetan binatang bagi tujuan pendidikan melalui lawatan yang telah diselaraskan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Melaka.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh Encik Khirun Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Encik Petra Bin Sulai, Pengarah Perhilitan Negeri Melaka.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Rakan Strategik yang telah membantu menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
KRUBONG 10 JUN 2024 - YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan 2nd Malaysia Finswimming Championship 2024 yang disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada kontinjen negeri Melaka yang telah menjadi juara keseluruhan dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Hang Jebat Melaka.
Selandar, 9 Jun 2024 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Kanu Bandar Melaka selesai menganjurkan Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Melaka 2024 bertempat di Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah Selandar, Jasin, Melaka dengan jayanya.
Program yang bermula pada 8 hingga 9 Jun 2024 ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia dan anak muda negeri Melaka. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program ini antaranya kraf perkhemahan, ikhtiar hidup, pengenalan perangkap dan jerat, mendaki serta merentas hutan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut Hadir Encik Kamaruddin bin Ibrahim, Pengerusi Kelab Kanu Bandar Melaka dan Encik Nik Zaiman bin Peei, Pengurus Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Rakan Strategik bagi program ini iaitu Kelab Kanu Bandar Melaka dan Pengurusan Taman Eko-Rimba Bukit Batu Lebah yang telah membantu menjayakan program ini.
KRUBONG 8 JUN 2024 - Melaka buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi Kejohanan 2nd Malaysia Finswimming Championship 2024 yang berlangsung di Pusat Akuatik Hang Jebat Melaka. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan P. Shanmugam A/L Pitcha Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka.
Selain mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Melaka sempena merancakkan tahun Melawat Melaka 2024, kejohanan ini turut disokong oleh KBS melalui inisiatif Geran Padanan Sukan. Ayuh kita terus semarakan aktiviti sukan dan rekreasi bersama.
MELAKA 7 JUN 2024 - Terima kasih diucapkan kepada semua ekor Harimau Malaya yang hadir memeriahkan Tayangan Skrin Besar Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 di Perkarangan UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Jalan Hang Tuah Melaka. Terima kasih kerana terus setia memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia.
Hadir bersama memberikan sokongan Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Terima kasih jua diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini khususnya pihak UiTM dan Petron.
AYER KEROH, 6 Jun 2024 - Puan Nurhanani binti Tarik mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah telah menerima Borang Pendaftaran Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak daripada Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin, Pegawai Belia dan Sukan, Politeknik Melaka merangkap Pemimpin ARPRM.
Seramai 27 orang pelajar Politeknik Melaka akan memulakan aktiviti dalam melengkapkan 4 Komponen Wajib ARPRM iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak dalam tempoh 6 bulan bagi melayakkan diri untuk menerima Pentauliahan ARPRM Tahap Perak.
PBSD Melaka Tengah mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada semua peserta ARPRM Politeknik Melaka.
Ayuh Anak Muda!!!
Sahut Cabaran!!!
Aktifkan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Nak tahu lebih lanjut berkaitan ARPRM, Jom hubungi PBSD Melaka Tengah (06-2345900) / Puan Sharifah (017-6659795)
Tahniah diucapkan kepada Pusat Khidmat Parlimen Rakyat Kota Melaka yang telah menyokong inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan dalam pelaksanaan Program KLAS Renang KBS. Dalam sidang media yang telah diadakan di RNJ Swimming Academy Kota Laksamana YB Khoo Poay Tiong Ahli Parlimen Kota Melaka telah mengumumkan Program KLAS Renang Parlimen Kota Melaka 2024 yang akan bermula pada bulan Julai 2024. Hadir bersama Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Kepada komuniti dan masyarakat di Parlimen Kota Melaka jangan lupa untuk sertai program ini nanti.!! Penyertaan adalah terhad.!!
AYER KEROH 5 JUN 2024 - Usaha untuk menyediakan kemudahan sukan yang kondusif sentiasa menjadi keutamaan pihak Kementerian Belia dan Sukan. Selaras dengan matlamat tersebut satu Lawatan Tapak bagi cadangan naiktaraf Dewan Badminton MSN Melaka dan Kompleks Sukan Komuniti Krubong Melaka telah diadakan dengan melibatkan pihak Jabatan Kerja Raya, Bahagian Pembangunan KBS, JBSN Melaka dan MSN Melaka. Hadir bersama Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.