- JBS Melaka
- Hits: 256
???? (?) ????? ?????? ?????? ??????? ???? ????? ???????? ??????? ????? ?????? ????????? ?????? ?????? ????
JASIN, 18 Mei 2024 - Penantian keputusan pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 tiba ke penghujungnya apabila Gerakan Belia 4B (M) Solok Kilang Berapi dari Merlimau, Jasin diumum sebagai Naib Johan APBN Peringkat Negeri Melaka 2024 bagi Kategori Pertubuhan Belia. Johan telah dimenangi persatuan daripada Melaka Tengah.
.
Pengumuman keputusan tersebut dibuat di Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2024 di Stadium Mini Jasin dekat sini.
.
Keputusan tersebut menyaksikan GB4B (M) Solok Kilang Berapi membawa pulang Piala dan hadiah wang tunai RM 5,400.00 serta Sijil Penghargaan. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Hadir sama ialah Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, YB VP Shanmugam.
.
Untuk rekod, Gerakan Belia 4B (M) Solok Kilang Berapi pernah mendapat Johan APBN Tahun 2020 dan mendapat tempat Keempat bagi APBN Kebangsaan bagi tahun yang sama.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 256
