- JBS Melaka
- Hits: 258
KUNJUNG HORMAT PBSD DAN MGBD MELAKA TENGAH KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MELAKA TENGAH
AYER KEROH, 23 April 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah yang diketuai oleh Puan Norazlin Bt Sarun selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama barisan kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah dan bertemu En. Mohd Yusri Bin Seman, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah bagi membincangkan kerjasama strategik dalam penganjuran program serta aktiviti yang melibatkan belia bersekolah khususnya penglibatan pelajar sekolah di daerah Melaka Tengah.
Sesi pertukaran pendapat dan perbincangan kepada penganjuran program dan aktiviti berkongsepkan perkongsian pintar (smart partnership) yang dapat memberi manfaat kepada kedua – dua agensi seterusnya dapat mencapai objektif dalam penganjuran program dan aktiviti yang bakal dianjurkan kelak.
Turut sama hadir di dalam lawatan tersebut Pn.Nurhanani binti Tarik, En. Muhammad Muaz Bin Rosli dan Pn. Sharifah Binti Ismail daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah manakala daripada Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah dihadiri oleh Saudara Kenneth William John, Saudara Muhammed Mubien Bin Khairudin dan Saudara Harris Daniel bin Hermee.
- JBS Melaka
- Hits: 258
