- JBS Melaka
- Hits: 176
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN KBS OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KBS KE GELANGGANG SUKAN BERBUMBUNG DI WISMA NEGERI, AYER KEROH
AYER KEROH, 31 Januari 2024 - Satu lawatan kerja pemantauan telah diadakan oleh Bahagian Pembangunan (BPN) KBS bagi melihat semula gerak kerja dan status terkini projek pembangunan berkaitan naiktaraf Gelanggang Sukan Berbumbung di Wisma Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
*
Delegasi pemantauan lawatan tersebut telah diketuai oleh Penolong Setiausaha Kanan, Unit Penyelarasan, Bahagian Pembangunan KBS; Encik Mohd Faez Othman yang telah hadir mewakili SUB BPN, KBS bagi melihat kerja-kerja naiktaraf yang telah dilaksanakan di lokasi tersebut.
*
Turut hadir sama, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN; Encik Aszhary bin Mohamad, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman, Penolong Pengarah JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Ketua Seksyen Penguatkuasa dan Teknikal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka; Puan Mawarni Abdullah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah; Puan Norazlin Sarun.
- JBS Melaka
- Hits: 176
