AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Telah diadakan Pushbike Challenge bersempena program Melaka Heritage @Motorsports Day 2023 bertempat di Perkarangan Parkir Mydin MITC, Ayer Keroh Melaka.
-
Meriah dan penuh aksi!! Seramai hampir 100 orang kanak-kanak cilik berusia 2 hingga 8 tahun telah mengambil bahagian didalam 6 kategori yang telah dipertandingkan. Aktiviti ini telah diselaraskan bersama Push Bike Pro Malaysia.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong penganjuran kali ini. Mana lagi..Melaka Lerr.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Telah diadakan pertandingan mewarna bagi memeriahkan lagi program Melaka Heritage @Motorsports Day 2023 bertempat di Pentas Utama program di Perkarangan Parkir Mydin MITC, Ayer Keroh Melaka.
-
Seramai 30 orang kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun telah mengambil bahagian didalam pertandingan ini. Aktiviti telah diselaraskan bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong penganjuran kali ini. Mana lagi..Melaka Lerr.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Havoc dan mendebarkan!!! Deruman enjin pacuan 4 roda bagi aktiviti Taxi Drift Ride telah menggamit pengunjung hadir ke Melaka Heritage @Motorsports Day 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Perkarangan Parkir Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka.
-
Para pengunjung berpeluang menyaksikan Drifter sohor permotoran 4 roda seperti Muhammad Zaiham Hamdan (Bullzai), Alief Irfan (AI Garage), Beysshwen Dasnamurthy, Foo Wei Shern dan Foo Wei Khang membuat persembahan Drift serta berpeluang merasai sendiri kehebatan menaiki kenderaan drift yang dipandu oleh mereka. Aktiviti ini diselaraskan bersama Kelab Exquisite Motorsports.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan strategik yang bekerjasama menjayakan program ini dan kepada semua pengunjung yang hadir kerana memberikan sokongan kepada penganjuran kali ini. Mana lagi..Melaka Lerr.
AYER KEROH, 30 Disember 2023 - Telah berlangsung Melaka Heritage @Motosports Day 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Perkarangan Parkir Mydin Mall, MITC, Ayer Keroh, Melaka.
-
Perasmian program telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam. Turut hadir, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah MSN Melaka; Encik Mohd Asri Hj Ninggal, Wakil Kelab Sukan Bermotor Integrasi dan Akademi Minibike Malaysia; Encik Norshamsul Mat Nor dan Wakil pihak pengurusan Mydin MITC.
-
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti Taxi Drift Ride, Minibike Come & Try, Pushbike Challenge dan Pertandingan Mewarna. Rakan Srategik penganjuran kali ini adalah Kelab Sukan Bermotor Integrasi, Akademi Minbike Malaysia, Mydin Mohamed Holding Berhad, Exquisite Motorsports Club, Push Bike Pro Malaysia dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Melaka.
-
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menyokong penganjuran kali ini. Mana lagi...Melaka lerr
AYER KEROH , 30 DISEMBER 2023 - Telah berlangsung Kejohanan Melaka Tchoukball Open 2023 anjuran Persatuan Tchoukball Negeri Melaka.
.
Melalui kejohanan ini, sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu Terbuka Wanita & Terbuka Lelaki. Selain daripada wakil kelab di Malaysia, kejohanan ini turut menarik minat peserta dari Negara Hong Kong, Singapura dan Macau. Sebanyak 15 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang akan berlangsung selama 3 hari.
.
Majlis Perasmian Pembukaan telah disampaikan oleh YB. Kerk Chee Yee ; Adun Ayer Keroh merangkap Timbalan Speaker Dun Melaka. Turut hadir, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ; Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh dan Presiden Melaka Tchoukball Association ; Tuan Chin Sin Sui.
AYER KEROH, 23 Disember 2023 - Kehadiran yang cukup bermakna YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Tuan Adam Adli Abd Halim yang juga merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dapat hadir ke Program Hang Tuah Jaya Fun Run & Ride 2023 bersempena Program Fit & Active Family Peringkat Negeri Melaka yang diadakan bertempat di Taman Botanikal, Ayer Keroh anjuran Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan sokongan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
-
Ini cukup menggambarkan betapa YBTM menyokong penuh program-program yang menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan aktif terutamanya kepada warga di Kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.
-
YBTM berkesempatan untuk melaksanakan sesi pelepasan peserta larian dan kayuhan sebelum beliau dan konvoi berkayuh disekitar Ayer Keroh menyantuni masyarakat setempat dan kembali semula ke Taman Botanikal bagi sesi penutup dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.
-
Pihak JBSNM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program pada kali ini.
AYER KEROH, 23 Disember 2023 - Telah berlangsung konvoi berbasikal sejauh hampir 18km sekitar Ayer Keroh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Tuan Adam Adli Abd Halim yang juga merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya seusai beliau menyelesaikan sesi flag off Program Hang Tuah Jaya Fun Ride, Run & Walk yang diadakan bertempat di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
-
Turut serta bersama dalam konvoi berbasikal mengiringi YBTM pada kali ini, ADUN Ayer Keroh; YB Tuan Kerk Chee Yee, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Timbalan Pengarah JBSNM; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman, Penolong Pengarah JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Para pegawai JBSNM serta Kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Hang Tuah Jaya.
-
Pihak JBSNM ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM IPK Melaka kerana membantu memudahkan urusan perjalanan konvoi berbasikal YBTM KBS pada kali ini.
Berikut adalah laluan konvoi berbasikal yang dilalui YBTM sekitar Ayer Keroh:
1. Taman Botanikal ke Capati Kg Telok (7.9km) melalui Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh
2. Capati Kg Telok ke Bilik Bacaan Ayer Keroh Heights (event khatan) (3.3km) melalui Jalan Tun Abdul Razak - Lebuh Ayer Keroh
3. Bilik Bacaan Ayer Keroh Heights ke Botanikal (6.9km) melalui Jalan Ayer Keroh Lama -> MITC (Restoran Desa Batu) -> Roundabout Petronas MITC -> Balai Polis Ayer Keroh -> Jalan Botanikal (lalu hadapan AMES Hotel) -> terus ke Taman Botanikal
HANG TUAH JAYA FUN RUN & RIDE SEMPENA PROGRAM FIT & ACTIVE FAMILY PERINGKAT NEGERI MELAKA 2023
AYER KEROH, 23 Disember 2023 - Penuh dengan aktiviti menarik untuk disertai warga Melaka terutamanya Warga Parlimen Hang Tuah Jaya dalam program yang diadakan bertempat di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka anjuran Pejabat Parlimen Hang Tuah Jaya dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
-
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Senamrobik Zumba, Fun Ride 20km, Fun Run 5km, Perhimpunan Komuniti Silat Melaka, Pertandingan Sukan Tradisional seperti Congkak dan Dam Aji, Mari mencuba permainan Tradisional seperti Chapteh dan Tembak Getah, Pertandingan Mewarna Kanak - Kanak, Sesi Ujian Kesihatan dan Cabutan Bertuah.
-
Terdahulu, majlis pelepasan peserta Fun Ride dan Fun Run telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Tuan Adam Adli Abd Halim yang juga merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Turut sama hadir, ADUN Ayer Keroh; YB Tuan Kerk Chee Yee dan Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli.
AYER KEROH, 17 Disember 2023 - Telah berlangsung Perlumbaan Basikal Melaka International Tourism Endurance 2023 (MITEN) sejauh 160km anjuran Yayasan Generasi Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka serta sokongan Kerajaan Negeri Melaka yang bermula di perkarangan Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
-
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh. Turut hadir, Pegawai Daerah Jasin; YBhg. Datuk Rahizi Ranom, Pengarah MSN Melaka; Encik Mohd Asri Hj Ninggal dan YBhg. Datuk Hj. Ramlan Salleh, Penaung Yayasan Generasi Malaysia.
-
Untuk makluman, seramai hampir 500 penyertaan pelumba dari dalam dan luar negara telah mengambil bahagian dalam 8 kategori yang dipertandingkan pada perlumbaan pada kali ini.