AYER KEROH, 22 Disember 2023 - Telah berlangsung sesi lawatan tapak YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Tuan Adam Adli Abd Halim ke tapak projek kecil kerja-kerja naiktaraf gelanggang sukan berbumbung Wisma Negeri Melaka. Turut mengiringi dalam lawatan tersebut, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli.
KOTA LAKSAMANA, 17 Disember 2023 - Telah berlangsung Kejohanan Esports Piala TYT 2023 anjuran Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka (MEA) bertempat di Hub Esports Ancient Galaxy, Kota Laksamana, Melaka.
-
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam. Turut hadir, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah MSN Melaka; Encik Mohd Asri Hj Ninggal dan Presiden MEA; Encik Muhammad Hamka Mohd Ali.
-
Untuk makluman, sebanyak 5 acara dipertandingkan pada kejohanan kali ini iaitu MLBB, PUBG, FC24, Tekken dan EA F1 2023.
AYER KEROH, 17 Disember 2023 - Telah berlangsung Perlumbaan Basikal Melaka International Tourism Endurance 2023 (MITEN) sejauh 160km anjuran Yayasan Generasi Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka serta sokongan Kerajaan Negeri Melaka yang bermula di perkarangan Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
-
Majlis pelepasan pelumba telah disempurnakan oleh TYT di-Pertua Negeri Melaka; Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Turut hadir, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam, YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB. Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah MSN Melaka; Encik Mohd Asri Hj Ninggal dan YBhg. Datuk Hj. Ramlan Salleh, Penaung Yayasan Generasi Malaysia.
-
Untuk makluman, seramai hampir 500 penyertaan pelumba dari dalam dan luar negara telah mengambil bahagian dalam 8 kategori yang dipertandingkan pada perlumbaan pada kali ini.
AYER KEROH, 19 Disember 2023 - Telah berlangsung Majlis Apresiasi PAWE dan PPDK sempena Sambutan Hari Warga Emas dan Hari Orang Kurang Upaya Negeri Melaka Tahun 2023 bertempat Dewan Bestari MITC, Ayer Keroh Melaka.
-
Majlis telah disempurnakan oleh Isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka; YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman. Turut hadir ke majlis isteri kepada YAB Ketua Menteri Melaka; YABhg. Datin Seri Utama Zuriyah binti Abdul Aziz dan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin.
-
Majlis ini diadakan antaranya bagi mengiktiraf warga emas yang cemerlang dalam masyarakat yang aktif dan produktif agar dapat meneruskan sumbangan dan mempromosikan penuaan sihat, aktif dan produktif dengan memperkasakan warga emas melalui pengetahuan, kemahiran dan persekitaran yang sewajarnya.
TELOK MAS, 20 Disember 2023 - Telah berlangsung satu sesi Lawatan Penilaian Fasiliti Kemudahan Sukan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.
-
Lawatan ini diadakan susulan daripada kunjungan awal Ketua Setiausaha KBS; YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dalam program Projek Reben Kuning bagi melihat sebarang bentuk bantuan naiktaraf dan baikpulih fasiliti sukan yang ada disana untuk dimanfaatkan penghuni Sekolah Henry Gurney.
-
Lawatan telah dihadiri oleh, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN; Encik Aszhary Mohamad, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Pengarah MSN Melaka; Encik Mohd Asri Hj Ninggal, para pegawai pengurusan tertinggi JBSNM, pegawai Bahagian Pembangunan KBS dan wakil pihak Majlis Sukan Negara.
-
Delegasi KBS telah disambut oleh Pengetua Sekolah Henry Gurney, Telok Mas; PKP Azuwan Hafiz bin Ahmad.
MERLIMAU, 17 Disember 2023 - Memberi pengetahuan kepada umat Islam setempat mengenai pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardhu kifayah dalam agama. Seramai 92 orang peserta dalam daerah Jasin mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah baru-baru ini.
.
Antara objektif Kursus Pengurusan Jenazah ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Islam tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah, kaedah pengurusan yang betul, memberi kesedaran serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
.
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin. Turut hadir Latifah Muad Hashim, Pengerusi JPKK Merlimau Utara; Idris Haji Ibrahim, Sidang Merlimau Utara; Amir Ahmad, Timbalan Pengerusi Masjid Asy-Syuja'ah; Ustaz Mohd Alifudin Kamaludin, Penceramah dan Md Yusof Muhammad, Pengerusi GB4B Kawasan Jasin.
.
Kursus ini telah mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Masjid Asy-Syuja'ah Merlimau, Biro Belia JPKK Merlimau Utara, GB4B (M) Cawangan Solok Kilang Berapi, Pemuda UMNO Merlimau Utara dan Nazirul Wedding Planner.
JASIN, 20 Disember 2023 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali menerima kunjung hormat Zailani Siran, Pegawai Sukan Politeknik Merlimau bagi menyerahkan pendaftaran Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
.
Seramai 150 orang peserta kategori Gangsa dan Perak dari Politeknik Merlimau terdiri daripada PISPA, Pandu Puteri dan Relasis didaftarkan untuk tahun 2024. Pada Majlis Pentauliahan ARPRM Negeri Melaka 2023 yang lalu, seramai 50 orang peserta Politeknik Merlimau mendapat Anugerah Pingat Gangsa.
.
Anugerah ini diadaptasi daripada Program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Award for Young People yang mula diperkenalkan di United Kindom pada tahun 1956. Program Anugerah Antarabangsa ini kini diiktiraf d 126 buah negara di seluruh dunia. Program Anugerah ini fleksibel , bukan bersifat pertandingan , memberi peluang di samping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu.
AYER KEROH , 17 DISEMBER 2023 - Hari ke-2 melabuh tirai dengan penuh semangat juang bagi Kejohanan Kabaddi Remaja Bawah 21 Kebangsaan.
.
Melalui kejohanan ini, sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan dan johan bagi setiap kategori membawa pulang piala pusingan. Berikut adalah Senarai Pemenang Kejohanan :-
Kategori Wanita
Johan - Wilayah Persekutuan
Naib Johan - Negeri Perak
3 bersama - Negeri Sarawak dan Negeri Kedah
Kategori Lelaki
Johan - Wilayah Persekutuan
Naib Johan - Negeri Sarawak
3 bersama - Negeri Sembilan dan Negeri Pulau pinang
.
Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Sathasivam ; Presiden Persatuan Kabbadi Malaysia.
KRUBONG, 16 Disember 2023 - Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka; Tuan VP Shanmugam telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Malaysia Aktif @Komuniti bertempat di Dewan Serbaguna PPR Krubong, Melaka.
-
Untuk makluman, program ini dilaksanakan bertujuan bagi menggalakkan penglibatan semua peringkat masyarakat didalam membudayakan gaya hidup sihat dan aktif dalan menuju kearah negara masyarakat berbudaya sukan.
-
Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama JKKK PPR Krubong. Turut dilangsungkan kejohanan Futsal dan Bola Jaring bersempena program tersebut. Terdahulu, komuniti turut diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan bersama-sama dalam aktiviti Zumba bagi sesi regangan badan. Hadir sama Pegawai Pengalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSM), Encik Mohd. Hazriq Abu Zarin; Timbalan Pengarah Lembaga Perumahan Melaka, Encik Abdul Aziz Md. Dan dan Pengerusi PPR Krubong, Encik Sufian Abdul Majid.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan yang diadakan: