JASIN, 9 Oktober 2023 - Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara Daerah Jasin 2023 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin. Mesyuarat telah dipengerusikan Datuk Rahizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin.
.
Antara agensi yang terlibat dalam Hari Sukan Negara Daerah Jasin 2023 ialah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pertanian Daerah Jasin, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Jabatan Penerangan Jasin, Majlis Perbandaran Jasin, Rela Jasin dan Pejabat Kemas Daerah Jasin.
.
Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan 14 Oktober 2023 ini di Stadium Mini Jasin seperti Jebat Strongfit Challenge, Fun Ride, Aerobik, Sukaneka Kemas, 1 Sukan 1 Murid, Tarik Tali dan Demonstrasi Angkat Berat.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 179
