AYER KEROH, 15 November 2023 - Satu lawatan kerja telah dilakukan bersama TYT di-Pertua Negeri Melaka; Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam berdekatan Pejabat TYT dan Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi melihat dan berbincang tentang perancangan pembangunan jangka masa panjang berkaitan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
-
Turut mengiringi TYT Tun dalam lawatan kerja tersebut, Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli. Turut sama hadir, Timbalan Pengarah Belia; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman dan Penolong Pengarah Sukan; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
SUNGAI RAMBAI, 14 November 2023 - Satu mesyuarat penyelarasan aktiviti bagi persediaan penganjuran Karnival D'Bendang Sungai Rambai Peringkat Negeri Melaka 2023 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Japerun Sungai Rambai, Melaka yang telah dipengerusikan oleh ADUN Sungai Rambai; YB Puan Siti Faizah Datuk Abdul Azis.
-
JBS Melaka telah diwakilkan Penolong Pengarah Sukan; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. Turut hadir, Penghulu Mukim Merlimau; Encik Jezlee Pit serta ahli jawatankuasa aktiviti dan program yang telah dilantik bagi memastikan kelancaran penganjuran pada kali ini.
AYER KEROH, 2 November 2023 - seramai 160 orang peserta dari Politeknik Melaka, telah menyertai Program CSR Youth Bumi Hijau anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Batu Berendam. Program ini adalah persediaan awal bagi penanaman semula tumbuhan hijau di kawasan yang Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh, Melaka. Impak penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai CSR, pemerliharaan kebersihan dan Bumi Hijau.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Khairul Adri bin Dato`` Rosli, Pengarah JBS Melaka. Turut hadir Encik Mohd Jazwin bin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah JBS Melaka dan Wakil dari Politeknik Melaka.
LENDU, 14 November 2023 – Telah berlangsung Catur 1000 Liga bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah pada 13 dan 14 November 2023. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Taming Sari Chess Management. Penyertaan seramai 160 orang peserta pada hari pertama pertandingan dan 120 orang peserta pada hari kedua pertandingan. Penyertaan juga melibatkan peserta daripada Negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.
Penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh Encik Zainorizan bin Ehwan, Wakil Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir, Encik Ahmad Faiz bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
Gadek, 12 November 2023 – Telah berlangsung Memanah 1000 Liga bertempat di Padang Awam Gadek pada 11 dan 12 November 2023. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama GB4B Gadek dan Gadek Archery Club. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada pelapis sukan memanah yang telah hadir mencungkil dan mengasah bakat dalam acara ini.
Penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh YBrs Encik Shakri bin Jamaludin, Pengerusi KRT Gadek Melaka. Terima kasih atas penganjuran program.
Ayer Paabas, 10 November 2023 – Telah berlangsung Fun Run Program 1000 Liga bertempat di Kolej Universiti Agrosains Malaysia Melaka (UCAM). Seramai 100 orang peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar UCAM telah menyertai larian ini.
Perasmian pelepasan telah disempurnakan oleh YBhg Ts Dr Rossly Bin Salleh, Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Universiti Agrosains Malaysia Melaka. Turut Hadir YBhg En Suhaiman Bin Md Yassin, Ketua Jabatan Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia . Penyampaian Medal kemenangan telah disempurnakan oleh Encik Zainorizan bin Ehwan, Wakil Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Paya Lebar, 9 November 2023 – Telah berlangsung Fun Run Program 1000 Liga bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah. Seramai 100 orang peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar KKTM Masjid Tanah telah menyertai larian ini.
Perasmian pelepasan telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Rashidi bin Arabi, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah. Turut hadir, Encik Ahmad Faiz bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
AYER KEROH, 11 November 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) melalui Unit Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan telah menganjurkan Program Inspire i-Train Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 pada 11 November 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka (PESRON).
*
Majlis penutup Program Inspire i-Train Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli. Turut hadir sama Pengerusi, Kelab Sukan Rekreasi Kembara, Encik Mohd Fadil bin Saidin dan Presiden
Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka, Encik Zahidi bin Lamsah.
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin merakamkan penghargaaan dan terima kasih kepada Penggerak Sukan Para Negeri Melaka dan pegawai/kakitangan JBSNM dalam bersama-sama menjayakan program ini. Diharap menerusi Program Inspire i-Train ini, pembangunan sukan OKU di peringkat Negeri Melaka dapat dilaksanakan secara konsisten agar Negara dan Negeri Melaka khususnya tidak ketandusan atlet yang bakal jadi pengganti untuk bersaing di peringkat tertinggi.
AYER KEROH, 11 November 2023 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) melalui Unit Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan telah menganjurkan Program Inspire i-Train Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 pada 11 November 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kembara dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka (PESRON).
*
Penyertaan seramai tujuh puluh orang (70) orang atlet telah hadir bersama-sama Penggerak dari pelbagai jenis sukan para yang berkaitan. Antara acara sukan para yang terlibat ialah Badminton, Boccia, Catur, Lawn Bowls, Memanah, Olahraga, Ping Pong, Powerlifting, Renang dan Tenpin Boling. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam golongan OKU untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet paralimpik negara dan khususnya sebagai pelapis Para SUKMA Kontinjen Negeri Melaka.
*
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ingin merakamkan penghargaaan dan terima kasih kepada Penggerak Sukan Para Negeri Melaka dan pegawai/kakitangan JBSNM dalam bersama-sama menjayakan program ini. Diharap menerusi Program Inspire i-Train ini, pembangunan sukan OKU di peringkat Negeri Melaka dapat dilaksanakan secara konsisten agar Negara dan Negeri Melaka khususnya tidak ketandusan atlet yang bakal jadi pengganti untuk bersaing di peringkat tertinggi.