AYER KEROH, 7 November 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menerima kunjungan pegawai dari Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
-
Delegasi yang diketuai oleh Ketua Unit Integriti KBS; Puan Geetha Ramachandran pada kali ini telah disambut oleh Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli, Timbalan Pengarah (Belia); Encik Mohd Jazwin Abd Rahman dan Penolong Pengarah (Sukan) JBSNM; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh yang juga merangkap Pegawai Integriti Jabatan.
-
Tujuan kunjungan Unit Integriti pada kali ini adalah bagi melihat pengoperasian kakitangan terhadap pematuhan kepada peraturan di JBSNM.
AYER KEROH, 7 November 2023 - Pengarah JBSNM; Encik Khairul Adri Dato' Rosli hari ini menerima kunjungan daripada Pengerusi Multiple Fortuna Enterprise; Cik Mastura Mohd Merican.
-
Kunjungan wakil NGO kepada tuan pengarah kali ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat berkaitan sebarang kerjasama bagi menjayakan penganjuran Fortuna Costume Night Fun Run 3km & 5km yang julung kali akan dilaksanakan pada 2 Disember 2023 bertempat di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir Melaka yang turut telah mendapat sokongan dari Jabatan Belia dan Sukan Negara.
-
Turut hadir dalam perbincangan, Timbalan Pengarah Belia; Encik Mohd Jazwin Abd Rahman, dan Penolong Pengarah Sukan; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
AYER LIMAU, 4 November 2023 – Telah berlangsung Sambutan Hari Majlis Keselamatan Jalanraya Negeri Melaka 2023 bertempat di Dewan Tan Sri (Dr) Abu Seman, Masjid Tanah. Program ini dirangka bagi memberikan pendedahan dan ilmu keselamatan jalan raya kepada masyarakat khususnya di Daerah Alor Gajah, dan seterusnya dapat melahirkan pengguna jalan raya yang lebih berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang berkuat kuasa.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah telah dipertanggungjawabkan untuk Check Point ke 5 ‘Explorace’ dengan penglibatan 40 pelajar sekolah menengah dari 10 sekolah di kawasan Masjid Tanah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘Push Up, Sit Up dan larian Zig Zag’.
Majlis diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hameed Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap Pengerusi MKJR Negeri Melaka, YBrs Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Pengarah JPJ Negeri Melaka merangkap Naib Pengerusi MKJR Negeri Melaka.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program pada hari ini.
MASJID TANAH, 5 November 2023 – Bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada 12 November 2023, Majlis Belia India Malaysia Masjid Tanah (MIYC MT) dan TLSA Masjid Tanah sedang menganjurkan Karnival Deepavali 2023 bertempat di Hadapan Perhentian Bas, Pekan Masjid Tanah. Karnival yang bermula pada 2 November ini akan berakhir sehingga 11 November 2023. Terdapat gerai jualan kuih-muih serta kelengkapan Pakaian Perayaan turut dijual di gerai-gerai tersedia.
Majlis juga telah diserikan dengan Penyampaian Sumbangan Deepavali Kepada 35 Belia Parlimen Masjid Tanah. Terima kasih kepada penyumbang utama Sumbangan Deepavali iaitu Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh atas sumbangan keperluan perayaan deepavali Kepada Majlis Belia India Malaysia Masjid Tanah.
BUKIT JALIL, 5 November 2023 - Akhirnya Kejohanan LSK Kebangsaan berakhir sudah. Kejohanan yang telah berlangsung bermula 2 hingga 5 November bertempat di sekitar Sports City, Bukit Jalil kini telah rasmi melabuhkan tirainya.
-
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
-
Untuk makluman, sebanyak 4 acara sukan telah dipertandingkan dalam kejohanan pada tahun ini, iaitu Bola Keranjang 3x3, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Futsal. Sebanyak 15 kontinjen dari seluruh negara telah mengambil bahagian pada edisi kali ini. Berikut adalah senarai pemenang secara keseluruhan:
1. Futsal
: Kuala Lumpur
: Pahang
: Selangor dan Sabah
Pemain Terbaik : Dzul Syamim Syaiful (Kuala Lumpur)
2. Bola Jaring
: Sabah
: Kuala Lumpur
: Melaka dan Johor
Pemain Terbaik : Mitchellevie Vinus (Sabah)
3. Sepak Takraw
: Negeri Sembilan
: Selangor
: Melaka dan Kuala Lumpur
Pemain Terbaik : Muhammad Hakimi Rosdi (Negeri Sembilan)
AYER KEROH, 4 November 2023 - Seramai hampir 50 orang pemegang taruh badan dan penggiat pelbagai jenis sukan telah berpeluang untuk menghadiri Sesi Townhall PJS bersama badan sukan Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) yang dilangsungkan bertempat di Mudzaffar Hotel, Ayer Keroh, Melaka.
-
Pesuruhjaya Sukan Malaysia; Encik Suhardi bin Alias telah hadir bagi membuka sesi tersebut serta menerangkan fungsi PJS sebagai penghubung antara badan sukan di semua peringkat di Malaysia serta memperkukuh jalinan kerjasama badan sukan yang berdaftar di bawah Akta 576.
-
Turut dihadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan; Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz.
BUKIT JALIL, 4 November 2023 - Pasukan Futsal LSK Melaka tetap memberikan saingan sengit kepada pasukan lain yang bersaing bagi menjadi juara keseluruhan Sukan Futsal LSK pada kali ini walaupun terpaksa akur sekadar berada di tempat ketiga peringkat kumpulan dengan lawan yang lebih berpengalaman.
-
Terima kasih & Tahniah kepada semua pemain yang terlibat mewakili kontinjen LSK Melaka pada kali ini. Komitmen yang ditunjukkan sangat dihargai. Team LSK Melaka akan bangkit lagi!!!
BUKIT JALIL, 5 November 2023 - Pasukan Sepak Takraw LSK Melaka tetap patut berasa bangga kerana telah memberikan saingan yang hebat dan mendebarkan dalam 3 set sebelum terpaksa akur tewas tipis kepada pasukan Selangor dalam perlawanan peringkat separuh akhir acara sukan LSK Sepak Takraw.
-
Terima kasih & Tahniah kepada semua pemain yang terlibat mewakili kontinjen LSK Melaka pada kali ini. Komitmen yang ditunjukkan sangat dihargai. Team LSK Melaka akan bangkit lagi!!!
BUKIT JALIL, 4 November 2023 - Pasukan Sepak Takraw LSK Melaka telah berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir acara sukan LSK Sepak Takraw selepas menewaskan pasukan Johor dalam satu pertandingan yang sengit dan mendebarkan.
-
Terima kasih & Tahniah kepada semua pemain yang terlibat. Komitmen yang ditunjukkan sangat dihargai.