AYER KEROH, 29 Oktober 2023 - Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus( ABM ) 2025 melabuh tirai dengan jayanya. Bengkel yang telah diadakan selama 3 hari bermula pada 27 Oktober 2023 berlangsung di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Sepanjang bengkel diadakan, Taklimat telah disampaikan oleh Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
.
Turut Hadir pada bengkel tersebut ialah Timbalan Pengarah JBSNM ; Encik Mohd Jazwin bin Abd. Rahman, wakil dari Negeri Melaka, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, wakil Negeri Johor, wakil Negeri Selangor, wakil Negeri Sembilan dan wakil Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson.
- JBS Melaka
- Hits: 191
