JASIN, 14 Oktober 2023 - Jelajah Genta Belia Jasin telah berlangsung dengan meriah sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jasin 2023 di perkarangan Stadium Mini Jasin.
.
Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam memberikan suasana baru dalam program berkenaan antaranya permainan interaktif, jualan usahawan, pameran kerjaya, buskin show, pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah.
.
Jelajah Genta Belia 2023 mampu memperkasa ekonomi golongan muda terutamanya di luar bandar dengan memberi pendedahan berhubung inisiatif pemerkasaan ekonomi dilaksanakan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.
.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Rahizi Ranom, Pegawai Daerah Jasin. Beliau bekesempatan melawat setiap segmen dalam melihat info dan impak yang diberikan.
Disediakan : Afiq Mazly
- JBS Melaka
- Hits: 170
