- JBS Melaka
- Hits: 233
PROGRAM MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) DAERAH MELAKA TENGAH 2023
PULAU MELAKA, 30 September 2023 - Seramai 40 orang peserta Rakan Prihatin Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Daerah Melaka Tengah dan 10 orang sukarelawan daripada Pertubuhan Belia Daerah Melaka Tengah telah menyertai Program Ria-Sakusa (Riadah Sambil Kutip Sampah) anjuran JAPERUN Bandar Hilir.
Terima kasih atas semangat SATRIA Kolej Cosmopoint Melaka, Melaka International College of Science and Technology (Micost) dan Pertubuhan Belia Daerah Melaka Tengah yang sama-sama mencurah tenaga dalam menjayakan program ini.
Perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YB Puan Leng Chau Yen, ADUN Bandar Hilir. Turut hadir Puan Norazlin binti Sarun, PBSD Melaka Tengah dan Encik Mohd Ismanizam bin Ismail, Pengerusi MGBD Melaka Tengah merangkap Penghulu Dun Bandar Hilir. Cik Hafiza Wahida Abd Kadir, Pegawai HEP, Kolej Cosmopoint Melaka serta pemimpin masyarakat di kawasan Bandar Hilir.
Japerun Bandar Hilir
Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah
Mgbd Melaka Tengah
Cosmopoint College, Melaka
MiCoST - Melaka International College of Science and Technology
- JBS Melaka
- Hits: 233
